Posts

CILIK BIJAK TANI EDISI KANGKUNG

Image
Tarikh mula tabur benih : 29 Januari 2026 Tarikh mula petik : 8 Mac 2026  5 minggu+ lebih kurang. Sepatutnya dalam 4 minggu dah boleh tuai. Cikgu pun tak letak baja dan ada yang terlalu padat dalam satu bekas. Tapi tak apa kan, kita belajar. Nanti kita belajar tanam sayur lain pula ya. Tuan Muda Hafiy Boleh masak kangkung belacan ya anak-anak. Takpun lemak kangkung. Sedapnya 🧑‍🍳😁 Alhamdulillah, Allah yang jaga dan tumbuhkan kangkung kita. Syukur. Cilik Bijak Tani 🌱

AKTIVITI MENGGUNAKAN TUFF TRAY 1

Image
  Khamis baru ni, Cikgu Ana baru mulakan 'set up' untuk beberapa aktiviti sensori dan permainan sambil belajar menggunakan Tuff Tray. Selalu nampak tadika 'omputih' guna tuff tray ni kan? Jadi Cikgu Ana pun 'survey' dan beli terus dari 'China'. Harga yang kat pembekal utama dari Malaysia ni hampir 1K ya. Kalau tengok di shopi pun tak ada yang jual jenis hexagon dan besar macam ni.  Jadi untuk hari pertama guna, Cikgu Ana set 3 stesyen. Stesyen Pertama : Daun & Bunga Petik daun dekat depan tadika ni, cabut sekali tangkai. Petik bunga juga. Tugasan anak-anak. Petik daun dan koyak daun. Jangan pelik ya memang ada lagi yang tak boleh petik daun ni. Ada juga yang genggam 10 jari dan tarik sekuat hati. Bagi yang tak kuat lagi nak petik, boleh ajarkan koyak dulu daun dengan cara 'pinch' 2 jari. Barulah mudah nanti nak pegang pensel dan menulis. Cikgu pun boleh lihat, ada anak yang nak koyak daun, mata melilau kat tempat lain....

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 7 (10.9.2025) - APPRECIATE

 akan dikemaskini- insya-Allah

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 6 (3.9.2025) - CONNECT

 AKAN DIKEMASKINI- INSYA-ALLAH

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 5 (27.8.2025) - QUESTION

 AKAN DIKEMASKINI - INSYA-ALLAH

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 4 (20.8.2025) - COMPARE

Kembara Alam TKB – Langkah Kedua 5DT: Compare Hari ini, untuk slot Kembara Alam 6 Santun , anak-anak masuk ke langkah kedua dalam 5DT iaitu Compare / Analogical Thinking . Kini sudah masuk minggu keempat pengembaraan mereka. 📌 Imbas Kembali Minggu 1 – 3 Anak-anak mula explore berkaitan mata . Kami buat topeng daripada bahan sekeliling, kemudian mereka cuba berjalan tanpa lubang mata – merasai dunia yang gelap gelita. Anak-anak juga hasilkan kamera daripada kertas keras terpakai , dihias dengan bahan alam sekitar. Dengan kamera kertas itu, mereka meneropong sekeliling seperti melihat dari lensa kamera. Minggu lepas pula, anak-anak diberi cetakan anatomi mata . Mereka ‘zoom in’ salur darah pada mata rakan, mengira kerdipan mata , melihat warna mata kawan , dan akhirnya membandingkan dengan urat daun yang ditemui di luar kelas. @kembarabijak Hari ni untuk slot Kembara Alam 6 Santun kita cuba masuk langkah kedua, Compare 5DT. Ini dah minggu keempat. Minggu 1 - 3 a...

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 3 (13.8.2025) - EXPLORE

Kembara Alam TKB – Misteri Mata dan ‘Ulat’ di Daun 🌿👀 Hari ini, anak-anak masih meneruskan pengembaraan dalam topik mata . Sepatutnya Cikgu Ana nak teruskan ke langkah kedua iaitu Compare. Tetapi terasa masih belum cukup kami teroka. Jadi kita teruskan lagi minggu ketiga ini dengan meneroka berkaitan mata. Sebelum keluar mengembara, setiap anak dibekalkan dengan sedikit ilmu tentang anatomi mata . Dengan pengetahuan asas itu, mereka lebih teruja untuk memerhati, mencuba dan bertanya. ✨ Eksperimen Ekspres Tentang Mata Warna Mata Anak-anak diminta melihat mata kawan masing-masing. Ada yang kata hitam , ada yang kata coklat . Tapi yang lawaknya, ada juga yang bersungguh kata nampak biru ! 🤭 @kembarabijak Hari ini kita masih dalam topik 👀👀👀 👁️👁️ Sebelum keluar mengembara, semua dibekalkan dengan anatomi mata. Antara eksperimen ekspres yang kami buat berkaitan mata : 1. Lihat warna mata kawan. Ada yang kata hitam, ada yang kata coklat. Tapi yang pelik ada yang kata warn...

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 2 (6.8.2025) - EXPLORE

Kembara Alam TKB – Dari Topeng ke Kamera Kertas Minggu ini, anak-anak Kembara Bijak meneruskan lagi langkah dalam Kembara Alam TKB . ✨ Minggu Lepas: Kami membuat topeng khas – ada yang tanpa lubang mata. Anak-anak berpeluang merasai sendiri suasana gelap gelita apabila penglihatan terhalang. Aktiviti ini mengajar mereka betapa pentingnya mata sebagai anugerah Allah yang tidak ternilai. 📸 Minggu Ini: Kami melangkah ke aktiviti seterusnya – membuat kamera daripada kertas keras terpakai . Anak-anak seronok menghias kamera mereka dengan bunga-bungaan, kemudian meneroka alam sekitar seolah-olah melihat dari “lensa kamera”. Melalui aktiviti ini, mereka belajar bahawa cara kita memandang dunia boleh jadi lebih indah apabila disertai rasa ingin tahu dan kreativiti. @kembarabijak KEMBARA ALAM TKB Minggu ini kita sambung lagi step explore. Minggu lepas kita buat topeng. Kita alamin sendiri bagaimana jika memakai topeng yang tiada lubang mata, alam gelap gelita. Kali ini kita buat k...

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 1 (30.7.2025) - EXPLORE

Image
Melihat Alam Dengan Mata Sendiri Hari ini anak-anak dibawa berjalan mengelilingi kawasan tadika. Mata kecil mereka terus memandang ke sekeliling – ada yang nampak pokok tinggi, ada yang nampak bunga kecil, ada yang nampak awan bergerak perlahan di langit. Ada yang nampak matahari! Masih teringat lagi sebelum ini beberapa minggu kisah kami berkisar tentang matahari. @kembarabijak Setiap Rabu kami menerokai alam yang terbentang luas. Kali ini topik baharu iaitu berkaitan mata. Anak-anak 6 Santun membuat topeng muka menggunakan bahan yang ada di sekitar seperti bunga, daun dan ranting kayu. Setelah siap mereka cuba memakai topeng namun gelap kerana tiada lubang mata. "Seronok tak kalau tak ada mata?" Adakalanya kita terleka dengan banyak nikmat yang kita ada dek kerana sibuk mengejar apa yang tiada. Kali ini topik mata untuk diterokai bersama menggunakan kerangka 5DT. Tunggu minggu depan pula ya, bersambung, insya-Allah. #pendaftaran2026bakaldibuka #tadikapilihandijitra...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 7 AKHIR (23.7.2025)

@kembarabijak Berakhir tema matahari Kembara Alam hari ini. Pembentukan Karakter : Apa yang kita boleh belajar daripada MATAHARI Matahari tetap bersinar tanpa memilih siap yang hendak diterangi. “Matahari ada pilih ke nak bersinar dekat Ainul je atau Affan je?“ "Tak.." "Jadi boleh ke kita pilih nak kawan dengan seorang je?" “Tak boleh, kena kawan dengan semua orang..." Matahari rajin tak? "Rajin"... 3. Ada tak matahari merajuk tak nak bersinar? "Tak ada..." "Jadi kita kena ikut contoh matahari.." "Rajin pi sekolah, tak suka merajuk!“ (Anak-anak perempuan selalu asyik merajuk tak nak kawan 😂) Masa untuk mencari objek tafakur seterusnya. Banyak cikgu yang belajar bagaimana nak memperkenalkan Pencipta kepada anak-anak melalui ciptaan-Nya. Kadang-kadang rasa macam, faham ke tak anak-anak ni. Tapi apa pun, Allah yang beri faham kan? Bagaimana nak galakkan anak-anak ini berfikir sendiri bukan hanya dihidangkan atau disumbat deng...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 6 (16.7.2025)

@kembarabijak KEMBARA ALAM : MATAHARI Masih lagi dalam topik matahari. Minggu lepas dah buat pengenalan pencipta matahari. Hujan renyai-renyai, jadi kita mengembara dari laman tadika sahaja. Warna bunga tak berapa meriah, kita guna warna kunyit, kopi dan koko. Kali ni kita ulang lagi soalan-soalan untuk step QUESTION dan kita CONNECT dengan pencipta matahari, Allah Al Aleem & Allah Ar Rahman. Kita masuk sikit ke step APPRECIATE. Minggu depan insya-Allah kita akan ke step APPRECIATE dan cuba masukkan sedikit character building. Semoga apabila anak-anak melihat lampu, terlintas lampu ni ciptaan manusia, tetapi Allah cipta matahari yang lebih besar dan bercahaya. Memperkenalkan pencipta melalui ciptaan-Nya. Lihat sendiri, saksikan, percaya lagi yakin. #tadikakembarabijak #selamatdatangketadikakembarabijak #5dthinkingkids ♬ you are my sunshine - christina perri

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 5 (9.7.2025)

@kembarabijak Kembara Alam dan Pendidikan Islam 6 Santun Setiap Isnin dan Rabu semua tak sabar. Mesti tanya cikgu hari ni kita senaman ke, hari ni kita ke taman ke? Alhamdulillah semua alert dengan apa yang berlaku, tahu hari apa hari ini. Apa lagi seronok dapat pertanyaan, "Cikgu, esok kita nak buat apa?“ Hari ini baru nak mula dah tanya hari esok ya anak-anak 😊 Hari ni kami melihat bagaimana Bumi mengeliling i Matahari melalui klip video. Cikgu Ana tunjukkan contoh bumi (globe) dan lampu suluh menjadi matahari. Kami belajar bagaimana siang dan malam terjadi. Sungguh hebat putaran bumi dan planet, berputar pada paksi dan beredar mengelilingi matahari tanpa berlanggar sesama sendiri. Setelah melihat klip video, kami ke taman untuk membuat simulasi putaran bumi dan peredaran. Pening rupa-rupanya kalau berputar. Tapi kenapa kita yang duduk di bumi tak terasa kan? Selepas selesai simulasi, kami main sebentar di taman. Alhamdulillah, seronok walaupun hanya seketika. Berpeluh selur...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 4 (2.7.2025)

@kembarabijak Kembara Alam Kali ini masih dalam fasa Compare dan Question. Anak-anak 6 Santun sudah boleh mula menyatakan beza antara lampu vs matahari. Mereka melihat proses pembuatan mentol lampu yang rumit dan panjang prosesnya. Apabila mereka tahu lampu juga ada pencipta, ada bahan dan alatannya, bagaimana pula dengan matahari yang mempu bersinar semesta alam? Adakah ianya terjadi sendiri tanpa ada pencipta? #tadikapilihandijitra #wassap0177784681 #bestausekolahkami #5dthinkingkids #bestausekolahkami #selamatdatangketadikakembarabijak ♬ Menghirup Udara Pegunungan - Multifruits

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 3 (25.6.2025)

Image
@kembarabijak KEMBARA ALAM & PENDIDIKAN ISLAM 6 SANTUN Hari ini kami sambung Kembara Alam tapi kami mulakan di tadika dulu menonton klip video matahari. Kami bergilir melihat lampu suluh. Ada mentol kecil di dalamnya yang mengeluarkan cahaya apabila ditekan suisnya. Apa YANG SAMA antara matahari dan mentol. Apa pula yang berbeza? Murid-murid dilatih untuk berfikir. Selepas itu kami bergegas keluar mengira lampu di jalan dan rumah. Balik nanti ada tugasan kira lampu di rumah pula ya. Selepas itu, Teacher Afiqah sambung dengan slot Pendidikan Islam. Kami belajar sifat nabi tabligh iaitu menyampaikan. Bagaimana nak sampaikan? Ajak kawan-kawan buat kebaikan. Teacher ajar kami selawat 10x. Kami belajar guna jari pun boleh nak kira 10x. Nanti sampaikan kepada keluarga pula ya cara guna jari nak kira selawat. Penutup, Teacher Afiqah beri tugasan setiap pagi 10x selawat. Semoga menjadi ingatan dan amalan buat anak-anak dan gurunya juga. Amin! #selamatdatangketadikakembarab...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 2 (18.6.2025)

SUNCATCHER @kembarabijak Kembara Alam Masih dalam topik matahari. Suncatcher. Minggu depan bawa lampu suluh ya, kita nak bandingkan matahari vs lampu suluh. Apa yang sama, apa yang beza ya? #5dthinkingkids #tadikakembarabijak #tadikapilihandijitra #selamatdatangketadikakembarabijak ♬ suara asli - busbuw

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 1 (21.5.2025)

Image
KEMBARA ALAM 6 SANTUN: MATAHARI 5DT LANGKAH 1 : TEROKA (EXPLORE) Hari ini anak-anak 6 Santun memulakan kembara alam dengan satu topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita — Matahari . Kami keluar mencari matahari dan melihat kesan cahayanya pada bumi. Anak-anak begitu teruja apabila mendapati bahawa sinaran matahari mencipta bayang-bayang di sekeliling mereka. Aktiviti kami mudah tetapi menyeronokkan: Menekap bayang-bayang permainan  yang terbentuk di atas kertas. Mewarnakan hasil lakaran dengan penuh kreatif dan imaginasi. @kembarabijak Kembara Alam 6 Santun Hari ini kami mencari matahari dan bayang-bayang. Kami menekap sekeliling bayang-banyak dan seterusnya kami warnakan dengan penuh kreatif. Apabila kita merenung matahari, apa yang kita nampak dan rasai? Antara bulan dan matahari, mana yang lagi besar? Malam ada matahari? Antara persoalan yang bakal ditanyakan pada sesi akan datang. Latih anak berfikir dan cari jawapannya. Dari situ, percaya akan bertukar m...

SHARED READING BUNNY AND BILAL THE ROBOT WEEK 3 (17.7.2025)

Image
Bunny, Bilal, and Our Growing Garden – Week 3 Update! 🌿 Today was another exciting day in our shared reading journey with Bunny and Bilal the Robot ! The children have been eagerly looking forward to seeing what happened to the seeds we planted last week — and SubhanAllah, we had a wonderful surprise! 🌱 Our Seeds Have Sprouted! Last week, with little hands and big hopes, we dug small holes and planted seeds into soft garden beds. We watered them gently and marked our spots with our handmade Bunny characters. This week, when we checked in on our garden… Masha-Allah! Tiny green seedlings were peeking through the soil! The children gasped with joy! 🌱 🧐 Guess the Plant! We gathered around and observed the seedlings closely. Can you guess what it is? It’s water spinach (kangkung)! Just like in the story of Bunny and Bilal. What a beautiful moment of connection between the book and real life. The children were amazed — the plant they read about had come to life right before the...

SHARED READING BUNNY AND BILAL THE ROBOT WEEK 2 (10.7.2025)

Image
Planting Day with Bunny and Our Seeds! @kembarabijak Shared Reading: Bunny & Bilal the Robot – 6 Santun Week 2 Seeds – Everyone got one seed. Cikgu Ana gave two more. We talked about seed and seeds. Bed – It’s not a bed to sleep on. It’s a garden bed! Dig, dig, dig – We used a small spade and shovel to dig holes. Water – We used water to water the seeds Bunny – We used the Bunny character we made last time to mark our seeds. Last but not least – We learned to say Bismillah before we plant our seeds. Alhamdulillah. #tadikakembarabijak #wassap0177784681 #bestausekolahkami #selamatdatangketadikakembarabijak #sharedreading ♬ My little plant - Wiliam Show Today was a special day in our classroom — it was Planting Day! The children were excited as they walked in and saw small pots, soil, and tools all laid out. There was a sense of curiosity in the air as we began our gardening activity, inspired by Bunny and Bilal’s garden story. 🌱 Seeds, Seeds, and More Seeds Each ch...

SHARED READING BUNNY AND BILAL THE ROBOT WEEK 1 (3.7.2025)

Image
@kembarabijak SHARED READING WITH 6 SANTUN Every Thursday, we do reading activities with our friends. Last month, we read Daisy’s Big Heart. Today, we got a new book titled Bunny and Bilal the Robot! We are so excited because Bilal the Robot came to life! 😁🤖 Cikgu Ana read first, and we followed along. After that, we were called one by one to read a page. We learned new words such as seeds, and we found out that kangkung is called water spinach in English. After reading, we took turns playing with Bilal. Bilal can walk, slide, and even moonwalk! He can also dance and read a storybook. We learned to be patient and take turns. It’s 10 o’clock, time to eat! Goodbye, Bilal. See you next week, insya-Allah. #tadikakembarabijak #tadikapilihandijitra #bestausekolahkami #selamatdatangketadikakembarabijak #sharedreading ♬ You Are My Sunshine - Melodies with Morgan Every Thursday, we do reading activities with our friends.  Last month, we read Daisy’s Big Heart . Today, we got a ...

SHARED READING DAISY'S BIG HEART WEEK 4 (19.6.2025)

Image
 Assalamulaikum and good morning everyone, Yes, it’s the final week of our shared reading session using Daisy’s Big Heart. Remember our preparations for the Mega Concert last time? Well... today is the day! @kembarabijak We are so happy today. Teacher Ana gave each of us a mini book about Daisy. We’ve been reading this book since last month. It’s very special because Teacher Ana made it herself with the help of Canva and ChatGPT, of course! We’ve done a lot of fun activities using this book. We made each of the characters and got to know Daisy, Kitty, and Bunny. We’ve been singing the action song Hop Little Bunny, hopping, jumping, and skipping all around! We wrapped up our activities with a worksheet. Now the big question is: Should we continue using this book... or hmm, should we move on to the next one? #selamatdatangketadikakembarabijak #tadikapilihandijitra #tadikakembarabijak ♬ original sound - Kembara Bijak We’ve done so many fun activities with this book: ✅ We made...