AKTIVITI MENGGUNAKAN TUFF TRAY 1

 


Khamis baru ni, Cikgu Ana baru mulakan 'set up' untuk beberapa aktiviti sensori dan permainan sambil belajar menggunakan Tuff Tray.

Selalu nampak tadika 'omputih' guna tuff tray ni kan? Jadi Cikgu Ana pun 'survey' dan beli terus dari 'China'. Harga yang kat pembekal utama dari Malaysia ni hampir 1K ya. Kalau tengok di shopi pun tak ada yang jual jenis hexagon dan besar macam ni. 

Jadi untuk hari pertama guna, Cikgu Ana set 3 stesyen.

Stesyen Pertama : Daun & Bunga

Petik daun dekat depan tadika ni, cabut sekali tangkai.
Petik bunga juga.

Tugasan anak-anak. Petik daun dan koyak daun. Jangan pelik ya memang ada lagi yang tak boleh petik daun ni. Ada juga yang genggam 10 jari dan tarik sekuat hati. Bagi yang tak kuat lagi nak petik, boleh ajarkan koyak dulu daun dengan cara 'pinch' 2 jari. Barulah mudah nanti nak pegang pensel dan menulis.




Cikgu pun boleh lihat, ada anak yang nak koyak daun, mata melilau kat tempat lain. Tak boleh nak fokus. Anak ini biasanya baru nak masuk tadika, umur pun belum cukup 4 tahun. Anak ini kalau diberi buku bacaan dan al-Barqy untuk mengaji pun, mata dia akan melilau tengok tempat lain.                      

Jadi aktiviti begini, selain di tadika, ibu ayah pun boleh buat di rumah. Fokus ini penting, bukan lama pun kita perlukan. Kalau umur 4 tahun, setakat 4 x 2 sahaja =8 minit. Selepas itu naikkan fokus sedikit demi sedikit sehingga max 4 x 5 = 20 minit. Kalau 1 minit pun anak tak boleh fokus, memang susah anak nak mula pembelajaran yang melibatkan kognitif.

Nanti Cikgu Ana share stesyen lain pula ya, insya-Allah.

IKLAN



Buat tadika/taska yang nak dapatkan tuff tray ni yang premium tapi harga masih dalam bajet, bukan 1K, bukan 500, bawah 300. Setakat ni stok yang baru tempah dah guna di tadika dan kawan-kawan baik dah 'rebut' dulu. Boleh 'pre order' dulu. Biasa dalam sebulan lebih nak sampailah sebab kita ambil terus dari China dan naik kapal laut. Ready stock di Malaysia ni memang tinggi, ye lah ada kos nak simpan, kos modal awal etc.

Hubungi Cikgu Ana melalui no di poster ya!


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 1 (30.7.2025) - EXPLORE

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah