Posts

Showing posts with the label Perkembangan Awal Kanak-kanak

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

Image
  Photo by  cottonbro  from  Pexels No book for today! Kebanyakan kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok jika ibu bapa atau guru tidak menggunakan buku atau alatan bantuan mengajar seperti kertas dan pensel di rumah atau di dalam kelas. Kanak-kanak cepat berasa bosan jika mereka asyik dibebankan dengan ‘homework’ atau kerja sekolah yang memerlukan mereka menulis. Sekali-sekala, ibu bapa dan guru mestilah membenarkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang unik itu untuk mencipta sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, ibu bapa atau guru memberikan permainan yang mampu menarik minat mereka dalam masa yang sama dapat melatih dan merangsang minda mereka. Contoh permainan tersebut ialah blok atau mainan yang bersifat konstruktif di mana mainan tersebut boleh dibina dan disusun. Dalam buku Ada Apa Dengan Bermain karya Dr. Putri Afzan Maria, beliau menulis tentang satu topik iaitu Do You Know That Children go Through 6 Expected Stages in Their Block Play....

3 Skrip Bercakap Dengan Anak Supaya Anak Rasa Difahami

Image
Menurut Hattersal (1985) dan Mudjiran.ddk (2007) menyatakan bahawa emosi adalah psikologi yang merupakan pemgalaman subjektif (perasaan) yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh. Kanak-kanak merupakan golongan yang turut sama mengalami beberapa fasa perasaan seperti orang dewasa seperti fasa perasaan sedih, kecewa dan marah. Kecenderungan kanak-kanak ketika mengalami fasa ini lebih kepada ingin meluahkan dan meminta akan didengari dan difahami beserta menunjukkan perasaan empati (memahami) oleh ibu bapa mahupun guru. Menurut Rosmaria Mohd Sahat dalam buku beliau yang bertajuk “Say It Right” menyatakan yang anak-anak berkebolehan untuk menilai kualiti emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru melalui konsep “seeing is behaving”. Menurut Adele Faber dan Elaine Mazlish, dalam penulisan mereka menyatakan yang setiap apa yang diperkatakan oleh ibu bapa dan guru boleh memberi kesan kepada harga diri kanak-kanak sebagaimana penulis menggambarkan ia seperti “When kids feel right,...

4 Tahap Ketagihan Skrin/Gajet & Tanda-tandanya

Image
Terima kasih Puan Adlil Rajiah yang kongsikan info ini. Pagi ini Cikgu Ana sempat dengar perkongsiannya dan salin semula. Moga bermanfaat. 1. NO ADDICTION (TIADA KETAGIHAN) + anak boleh pulangkan gajet apabila diminta tanpa memberontak + anak tidak minta gajet/tv apabila bosan + anak boleh bermain sendiri atau berkumpulan tanpa gajet + apabila anak menangis, ibu bapa tidak perlu gunakan gajet/skrin untuk tenteramkan anak + anak boleh mendahulukan yang perlu, suruh makan/mandi boleh tinggalkan gajet 2. MILD ADDICTION (KETAGIHAN RINGAN) 4 TANDA KETAGIHAN RINGAN SKRIN/GAJET + anak boleh patuh peraturan skrin tetapi apabila diambil semula akan merajuk + anak mula minta gajet di luar waktu yang ditetapkan + apabila minta semula, anak akan melengah-lengahkan + anak suka bersendirian dengan gajet dan tiada gangguan, walaupun kita duduk sebelah dia untuk lihat, anak tidak suka dan akan pergi ke tempat lain 3. MODERATE ADDICTION (KETAGIHAN BIASA) Tahap red flag, kena perlu berjaga-jaga jika su...

Roblox, Superbear, Plato? Adakah Ini Cabaran Dalam Mendidik Anak Zaman Ini

Image
Dalam era globalisasi dan serba serbi canggih ini, sebarang aktiviti mahupun maklumat dapat kita perolehi termasuklah belajar secara dalam talian. Kanak-kanak juga sudah bijak menggunakan gajet dalam kehidupan seharian mereka seperti menonton cerita kartun kegemaran mereka, bermain permainan secara atas talian dan banyak lagi, tanpa perlu diajar. Mereka hanya perlu memerhati apa yang dibuat oleh orang dewasa dan rakan sebaya! Roblox, Superbear, Plato, ini antara permainan di atas talian yang sudah boleh diterokai sendiri oleh anak yang mempunyai akses kepada telefon pintar!  Namun demikian, penggunaan telefon pintar yang berlebihan akan menyebabkan perkembangan otak anak anda pasif kerana mereka hanya tertumpu pada satu tempat. Hanya visual mereka dirangsang secara berlebihan. Selain itu, perkembangan bahasa mereka juga akan menjadi sedikit lambat. Menurut Donna.com, kebanyakan ahli psikologi menyarankan agar ibu bapa banyak berbual dengan anak sekerap yang mungkin. Oleh hal ya...