Posts

Showing posts from March, 2026

CILIK BIJAK TANI EDISI KANGKUNG

Image
Tarikh mula tabur benih : 29 Januari 2026 Tarikh mula petik : 8 Mac 2026  5 minggu+ lebih kurang. Sepatutnya dalam 4 minggu dah boleh tuai. Cikgu pun tak letak baja dan ada yang terlalu padat dalam satu bekas. Tapi tak apa kan, kita belajar. Nanti kita belajar tanam sayur lain pula ya. Tuan Muda Hafiy Boleh masak kangkung belacan ya anak-anak. Takpun lemak kangkung. Sedapnya 🧑‍🍳😁 Alhamdulillah, Allah yang jaga dan tumbuhkan kangkung kita. Syukur. Cilik Bijak Tani 🌱

AKTIVITI MENGGUNAKAN TUFF TRAY 1

Image
  Khamis baru ni, Cikgu Ana baru mulakan 'set up' untuk beberapa aktiviti sensori dan permainan sambil belajar menggunakan Tuff Tray. Selalu nampak tadika 'omputih' guna tuff tray ni kan? Jadi Cikgu Ana pun 'survey' dan beli terus dari 'China'. Harga yang kat pembekal utama dari Malaysia ni hampir 1K ya. Kalau tengok di shopi pun tak ada yang jual jenis hexagon dan besar macam ni.  Jadi untuk hari pertama guna, Cikgu Ana set 3 stesyen. Stesyen Pertama : Daun & Bunga Petik daun dekat depan tadika ni, cabut sekali tangkai. Petik bunga juga. Tugasan anak-anak. Petik daun dan koyak daun. Jangan pelik ya memang ada lagi yang tak boleh petik daun ni. Ada juga yang genggam 10 jari dan tarik sekuat hati. Bagi yang tak kuat lagi nak petik, boleh ajarkan koyak dulu daun dengan cara 'pinch' 2 jari. Barulah mudah nanti nak pegang pensel dan menulis. Cikgu pun boleh lihat, ada anak yang nak koyak daun, mata melilau kat tempat lain....