Posts

Showing posts with the label Program Cuti Sekolah

Cef Cilik : Resipi Nugget Homemade

Image
Kembara Cuti Sekolah kali ini membawakan 4 menu untuk 4 minggu. Minggu pertama : Tauhu Begedil Minggu kedua : Kek Cawan Coklat Minggu ketiga : Aiskrim Malaysia Oreo & Cokicoki Minggu keempat : Nugget Homemade Slot kali ini dikendalikan oleh Master Chef Cikgu Maziah. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan :        Isi dada ayam dipotong kecil 2 biji telur 5 ulas bawang putih 2 biji bawang merah Serbuk lada hitam & putih (secukup rasa) 3 sudu makan tepung ubi kayu Garam dan perasa (1 kiub ayam jika suka)  Lobak merah dipotong halus Daun sup  Sedikit mentega (untuk disapu pada loyang sebelum dikukus) Salutan : Tepung gandum 1 sudu makan Tepung beras 1 sudu makan Telur Serbuk roti Cara-caranya : 1. Kisar bahan-bahan sehingga halus. Kami gunakan pengisar biasa sahaja. 2. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuangkan bahan telah dikisar tadi. 3. Kukus selama 30 minit. 4. Keluarkan 'kek nugget' dan potong mengikut saiz yang diingini. 5. ...

Resipi Begedil Ayam Mini Oleh Cef Cilik Kembara Bijak

Image
  Pada 23 Ogos 2020 bersamaan dengan hari Ahad, para Cef Cilik dari Tadika Kembara Bijak telah mempamerkan bakat masing-masing dalam pembuatan Begedil Ayam Mini dengan bimbingan para guru.  Aktiviti pembuatan  Begedil Ayam Mini  ini diadakan bagi menyemai minat memasak dalam kalangan kanak-kanak sejak dari kecil lagi seperti kata pepatah, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Pada peringkat umur begini, kanak-kanak cepat menyerap dan menerima arahan serta tunjuk ajar daripada guru-guru. Dalam pada itu, aktiviti memasak ini juga dapat membantu membentuk jati diri   yang baik dalam diri mereka. Foto 1 : Bahan-bahan untuk membuat Begedil Ayam Mini Foto 2 : Are you ready? Foto 3 : Cef Cilik Afwa sedang menggentel kentang membentuk bebola mini Foto 4 : Cef Cilik Adam bersama Begedil Ayam Mini. Kami buat sendiri na :D Foto 5 : Cef Cilik Aidil pun bukan main tak sabar nak buat begedil! Jom kita lihat resipi Begedil Ayam Mini: 1 kg kentang 3...

10 Program Cuti Sekolah Jun 2015 Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah

Image

Tawaran 11 Program Cuti Sekolah Mac 2015 Ini Di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah

Image
Jadual penuh program cuti sekolah ini, dibawakan khas untuk tuan muda dan cikpuan muda berumur 3-12 tahun. Mohon bantuan tuan/cikpuan untuk memanjangkan program ini kepada sahabat handai sekitar Jitra, Kedah. WhatsApp/SMS <cuti><program><nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar.

5 Pengalaman Indah Menjadi Chef Cilik

Image
Alhamdulillah, seramai 47 Chef Cilik menyertai program Kembara Chef Cilik anjuran Tadika ABS Taman Kembara Bijak, Taman Darulaman, Jitra, Kedah pada 19 & 20 Disember 2014. Chef Cilik ini : 1. Mengenal bahan-bahan membuat kek cawan seperti 'butter', gula, tepung, telur. 2. Mengenal peralatan yang diperlukan untuk membuat kek seperti alat pemukul telur (whist), ketuhar, cawan kertas. 3. Belajar berkongsi peralatan membuat kek. 4. Melatih kreativiti semasa menghias kek. 5. Meningkatkan 'self-esteem' kerana telah berjaya menghasilkan kek cawan yang comel dan sedap. Terima kasih kepada guru jemputan atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Chef oleh anak-anak ini iaitu Puan Syarifah Ifwah dari  Sugarylane  yang telah sudi berkongsi ilmu membuat kek bersama Chef Cilik. Sertai kami di Hari Terbuka Tadika ABS Taman Darulaman, Jitra pada Khamis 25 Disember 2014 jam 9 pagi - 2 petang dengan pelbagai lagi aktiviti khas untuk anak-anak bergembira sambil belajar. ...

Teknik Belajar Bahasa Arab Sambil Melukis

Image
Tadika ABS dengan kerjasama Tuan Ustaz Nasrul Lagendaseni telah mengadakan Kelas Asas Lukisan dan Bahasa Arab 23 November 2014. Kelas yang diadakan selama lebih kurang 2 jam terasa seperti 20 minit sahaja. Anak-anak khusyuk belajar asas lukisan sambil diterapkan dengan ilmu Bahasa Arab. Anak-anak akan fokus belajar apabila guru kreatif menukar gaya pembelajaran dan menepati fitrah dan kehendak anak-anak. Raikan bakat anak-anak dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti. Bakat yang digilap dengan usaha bersungguh-sunguh dapat menyediakan anak-anak ini menjadi generasi berdaya saing tinggi kelak.

Kelas Kraf & Seni Cuti Sekolah

Image
Cikpuan Najwa Ayuni, Cikpuan Nur Iwana Hurilain dan Tuan Muda Ammar Darwish semasa sesi Kelas Seni & Kraf pada 27 November 2014 di Tadika ABS Kembara Bijak. Aktiviti menggulung kertas, menggunting, mewarna dan berkreativiti menghasilkan pelbagai rekaa n. Bersama kami dalam misi melahirkan generasi berilmu dan berbudaya tinggi. Sesi percubaan percuma 1 minggu masih dibuka mulai 1 Disember 2014. Telefon / whatsapp <daftar> <nama anak & umur> ke 0177784681.

Ingin Mengasah Bakat Sebagai Chef Cilik Di Tadika ABS ?

Image
Mahu Jadi Chef Cilik ? 3 Sesi Telah Penuh, Sesi Terakhir Kekosongan 12 Peserta  Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan Aktiviti Kembara Chef Cilik pada hari Jumaat 19.12.2014 (3.30 - 5.30 petang). Terhad 14 ahli satu sesi bagi anak-ana k 3-12 tahun. Sesi 1 - 19.12.2014 : PENUH Sesi 2 - 19.12.2014 3.30 - 5.30 petang : 12 kekosongan Sesi 3 - 20.12.2014 9.30 - 11.30 pagi : PENUH Sesi 4 - 20.12.2014 2.30 - 4.30 petang : PENUH 4 Faedah Utama Menyertai Aktiviti Ini : 1. Belajar membancuh adunan kek 2. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan dekorasi kek 3. Melatih tumpuan dan kesabaran 4. Belajar berkongsi peralatan dekorasi Bayaran RM10 seorang satu sesi (RM5 / sesi buat pelajar yang berdaftar di Tadika ABS Kembara Bijak) Whatsapp <chef> <nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah 0177784681

Menggilap Bakat Anak Melalui Aktiviti Seni & Kraf

Image
Program cuti sekolah di Tadika ABS Kembara Bijak, Jitra, Kedah Program A : 23-24 November 2014  Terbuka bagi yang tiada asas lukisan Kelas Asas Lukisan & Bahasa Arab (2 jam setiap sesi) RM20 seorang setiap sesi, RM30 datang berdua, RM10 seorang 1 sesi bagi pelajar dan adik beradik  Program B : 25-27 November 2014 4-12 tahun Kelas Seni & Kraf (2 jam setiap sesi) RM10 seorang setiap sesi, RM5 seorang setiap sesi (pelajar tadika & adik beradik). Program C :   5,6,12,13 Disember 2014 7-12 tahun Kelab Robotik (2 jam setiap sesi) RM50 seorang 1 sesi, RM40 seorang 1 sesi (adik-beradik pelajar tadika). Program D :  12,13 Disember 2014 3-12 tahun Kembara Chef Cilik (2 jam setiap sesi) RM10 seorang 1 sesi, RM5 seorang 1 sesi (pelajar tadika dan adik-beradik). Whatsapp <Program A/B/C/D> <nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar