Resipi Begedil Ayam Mini Oleh Cef Cilik Kembara Bijak
Pada 23 Ogos 2020 bersamaan dengan hari Ahad, para Cef Cilik dari Tadika Kembara Bijak telah mempamerkan bakat masing-masing dalam pembuatan Begedil Ayam Mini dengan bimbingan para guru.
Aktiviti pembuatan Begedil Ayam Mini ini diadakan bagi menyemai minat memasak dalam kalangan kanak-kanak sejak dari kecil lagi seperti kata pepatah, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".
Pada peringkat umur begini, kanak-kanak cepat menyerap dan menerima arahan serta tunjuk ajar daripada guru-guru. Dalam pada itu, aktiviti memasak ini juga dapat membantu membentuk jati diri yang baik dalam diri mereka.
Jom kita lihat resipi Begedil Ayam Mini:
- 1
kg kentang
- 3
tangkai daun sup diracik halus
- 1
sdb lada sulah (lada putih)
- 4
biji bawang merah (diracik halus)
- dada
ayam (diracik halus)
- garam
secukup rasa
- *telur
secukupnya.
- *minyak
untuk menggoreng.
Cara-cara:
1. Kupas kentang, potong dan rebus sehingga empuk (dibuat oleh guru).
2. Kemudian tumbuk kentang yang telah
direbus sehingga hancur (dibuat oleh Cef Cilik).
3. Rebus dada ayam yang telah diracik
halus (dibuat oleh guru).
4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda * (dibuat oleh Cef Cilik).
5. Tambah garam secukup rasa (
6. Mula bentuk begedil mini mengikut kreativiti masing-masing (dibuat oleh Cef Cilik).
7. Akhir sekali, celupkan begedil yang
sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul (
8. Goreng dalam minyak yang panas dan
penuh (dibuat oleh guru).
Foto 6 : Taraaaa... sudah sedia untuk dimakan!
Selamat mencuba!
Love,
Teacher Wina
24 Ogos 2020
Mahu anak seronok ke tadika? Sampai cuti sekolah pun nak maiiii juga!
Daftar online di klik untuk menikmati rebat istimewa dan uniform percuma.
Comments
Post a Comment