KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

 



PDPR atau Pembelajaran Di Rumah merupakan kaedah pembelajaran norma baharu yang kini diaplikasikan dalam kalngan masyarakat kini bukan sahaja disesetengah negeri tetapi secara keseluruhan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, peningkatan kes jangkitan CoronaVirus dalam kalangan masyarakat Malaysia mencapai penularan yang tidak dan mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami kekangan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari rumah.

            PDPR atau konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian yang menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom ataupun WhatsApp Video. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran secara moden dan boleh mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara salah satu kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan pembelajaran secara atas talian dan baru. Hal ini juga dapat membantu anak-anak lebih celik akan teknologi.

            Kedua, kelebihan PdPR dapat dilihat daripada aspek perkembangan anak-anak pada pandangan ibu bapa. Sebelum ini, perkembangan anak-anak hanya mendapat penilaian daripada guru-guru yang mengajar, namun apabila pembelajaran daripada rumah, penilaian ibu bapa dapat dilihat secara terus setakat mana kemampuan anak-anak dalam pembelajaran.

            Ketiga, hubungan ibu ayah dengan anak-anak dapat dieratkan dengan lebih ketat dan sekaligus. Mengapa erat? Kebanyakkan kelas pengajaran anak-anak di tadika banyak melibatkan aktiviti pergerakan dan aktiviti bersama. Justeru apabila sesi pembelajaran berlaku, ibu bapa akan turut serta menolong dan menjalankan aktiviti bersama-sama anak-anak. Hal ini dalam kaedah kaunseling, dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan dewasa dengan kaedah terapi bermain.

 

KEKURANGAN PDPR

Pembelajaran daripada rumah turut mengahadapi kekurangan daripada murid, ibu bapa waimah guru turut merasa hal yang sama. PdPR pada kalangan kanak-kanak mungkin antara yang menerima kesan yang maksima iaitu dari aspek pemahaman. Murid-murid pada peringkat tadika dan prasekolah sangat memerlukan penerangan secara terus dan bersemuka selain menunjukkan barang ataupun alatan secara jelas. Namun apabila sesi pembelajaran secara dalam talian, mereka sukar melihat barangan secara jelas selain mereka juga tidak mempunyai barangan yang sama digunakan oleh guru.

            Selain itu, kekangan anak-anak turut serta dalam sesi pembalajaran secara jelas tanpa mengalami sebarang gangguan. Gagguan yang dimaksudkan ialah gangguan sambungan internet kepada semua pelajar. Sesetengah murid yang tinggal di kawasan yang megalami gangguan internet, mereka sukar untuk turut serta secara jelas ataupun mungkin mereka akan tertinggal jika mengalami sebarang masalah capaian.

            Akhir sekali, kekangan pdpr juga akan dapat dilihat secara jelas apabila anak-anak akan mengalami masalah daripada aspek gangguan persekitaran. Hal ini sukar untuk mereka fokus pada pembelajaran. Mereka akan melihat abang, kakak ataupun adik bermain, justeru mereka akan rasa ingin bermain juga. Selain itu, jika ibu bapa juga bermesyuarat, akan menalami gangguan semasa komunikasi, yang mana suara yang bising dan kesukaran fokus.

           

 

Comments

Popular posts from this blog

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah