Posts

AKTIVITI MENGGUNAKAN TUFF TRAY 1

Image
  Khamis baru ni, Cikgu Ana baru mulakan 'set up' untuk beberapa aktiviti sensori dan permainan sambil belajar menggunakan Tuff Tray. Selalu nampak tadika 'omputih' guna tuff tray ni kan? Jadi Cikgu Ana pun 'survey' dan beli terus dari 'China'. Harga yang kat pembekal utama dari Malaysia ni hampir 1K ya. Kalau tengok di shopi pun tak ada yang jual jenis hexagon dan besar macam ni.  Jadi untuk hari pertama guna, Cikgu Ana set 3 stesyen. Stesyen Pertama : Daun & Bunga Petik daun dekat depan tadika ni, cabut sekali tangkai. Petik bunga juga. Tugasan anak-anak. Petik daun dan koyak daun. Jangan pelik ya memang ada lagi yang tak boleh petik daun ni. Ada juga yang genggam 10 jari dan tarik sekuat hati. Bagi yang tak kuat lagi nak petik, boleh ajarkan koyak dulu daun dengan cara 'pinch' 2 jari. Barulah mudah nanti nak pegang pensel dan menulis. Cikgu pun boleh lihat, ada anak yang nak koyak daun, mata melilau kat tempat lain....

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 7 (10.9.2025) - APPRECIATE

 akan dikemaskini- insya-Allah

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 6 (3.9.2025) - CONNECT

 AKAN DIKEMASKINI- INSYA-ALLAH

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 5 (27.8.2025) - QUESTION

 AKAN DIKEMASKINI - INSYA-ALLAH

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 4 (20.8.2025) - COMPARE

Kembara Alam TKB – Langkah Kedua 5DT: Compare Hari ini, untuk slot Kembara Alam 6 Santun , anak-anak masuk ke langkah kedua dalam 5DT iaitu Compare / Analogical Thinking . Kini sudah masuk minggu keempat pengembaraan mereka. πŸ“Œ Imbas Kembali Minggu 1 – 3 Anak-anak mula explore berkaitan mata . Kami buat topeng daripada bahan sekeliling, kemudian mereka cuba berjalan tanpa lubang mata – merasai dunia yang gelap gelita. Anak-anak juga hasilkan kamera daripada kertas keras terpakai , dihias dengan bahan alam sekitar. Dengan kamera kertas itu, mereka meneropong sekeliling seperti melihat dari lensa kamera. Minggu lepas pula, anak-anak diberi cetakan anatomi mata . Mereka ‘zoom in’ salur darah pada mata rakan, mengira kerdipan mata , melihat warna mata kawan , dan akhirnya membandingkan dengan urat daun yang ditemui di luar kelas. @kembarabijak Hari ni untuk slot Kembara Alam 6 Santun kita cuba masuk langkah kedua, Compare 5DT. Ini dah minggu keempat. Minggu 1 - 3 a...

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 3 (13.8.2025) - EXPLORE

Kembara Alam TKB – Misteri Mata dan ‘Ulat’ di Daun πŸŒΏπŸ‘€ Hari ini, anak-anak masih meneruskan pengembaraan dalam topik mata . Sepatutnya Cikgu Ana nak teruskan ke langkah kedua iaitu Compare. Tetapi terasa masih belum cukup kami teroka. Jadi kita teruskan lagi minggu ketiga ini dengan meneroka berkaitan mata. Sebelum keluar mengembara, setiap anak dibekalkan dengan sedikit ilmu tentang anatomi mata . Dengan pengetahuan asas itu, mereka lebih teruja untuk memerhati, mencuba dan bertanya. ✨ Eksperimen Ekspres Tentang Mata Warna Mata Anak-anak diminta melihat mata kawan masing-masing. Ada yang kata hitam , ada yang kata coklat . Tapi yang lawaknya, ada juga yang bersungguh kata nampak biru ! 🀭 @kembarabijak Hari ini kita masih dalam topik πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€ πŸ‘️πŸ‘️ Sebelum keluar mengembara, semua dibekalkan dengan anatomi mata. Antara eksperimen ekspres yang kami buat berkaitan mata : 1. Lihat warna mata kawan. Ada yang kata hitam, ada yang kata coklat. Tapi yang pelik ada yang kata warn...

KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 2 (6.8.2025) - EXPLORE

Kembara Alam TKB – Dari Topeng ke Kamera Kertas Minggu ini, anak-anak Kembara Bijak meneruskan lagi langkah dalam Kembara Alam TKB . ✨ Minggu Lepas: Kami membuat topeng khas – ada yang tanpa lubang mata. Anak-anak berpeluang merasai sendiri suasana gelap gelita apabila penglihatan terhalang. Aktiviti ini mengajar mereka betapa pentingnya mata sebagai anugerah Allah yang tidak ternilai. πŸ“Έ Minggu Ini: Kami melangkah ke aktiviti seterusnya – membuat kamera daripada kertas keras terpakai . Anak-anak seronok menghias kamera mereka dengan bunga-bungaan, kemudian meneroka alam sekitar seolah-olah melihat dari “lensa kamera”. Melalui aktiviti ini, mereka belajar bahawa cara kita memandang dunia boleh jadi lebih indah apabila disertai rasa ingin tahu dan kreativiti. @kembarabijak KEMBARA ALAM TKB Minggu ini kita sambung lagi step explore. Minggu lepas kita buat topeng. Kita alamin sendiri bagaimana jika memakai topeng yang tiada lubang mata, alam gelap gelita. Kali ini kita buat k...