KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 3 (13.8.2025) - EXPLORE

Kembara Alam TKB – Misteri Mata dan ‘Ulat’ di Daun πŸŒΏπŸ‘€

Hari ini, anak-anak masih meneruskan pengembaraan dalam topik mata. Sepatutnya Cikgu Ana nak teruskan ke langkah kedua iaitu Compare. Tetapi terasa masih belum cukup kami teroka. Jadi kita teruskan lagi minggu ketiga ini dengan meneroka berkaitan mata.

Sebelum keluar mengembara, setiap anak dibekalkan dengan sedikit ilmu tentang anatomi mata. Dengan pengetahuan asas itu, mereka lebih teruja untuk memerhati, mencuba dan bertanya.

Eksperimen Ekspres Tentang Mata

  1. Warna Mata
    Anak-anak diminta melihat mata kawan masing-masing. Ada yang kata hitam, ada yang kata coklat. Tapi yang lawaknya, ada juga yang bersungguh kata nampak biru! 🀭

    @kembarabijak Hari ini kita masih dalam topik πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€ πŸ‘️πŸ‘️ Sebelum keluar mengembara, semua dibekalkan dengan anatomi mata. Antara eksperimen ekspres yang kami buat berkaitan mata : 1. Lihat warna mata kawan. Ada yang kata hitam, ada yang kata coklat. Tapi yang pelik ada yang kata warna biru 🀭 2. Dalam 30 saat, kira berapa kali kerdipan mata Cikgu Ana. 3. Lihat mata kawan, nampak tak salur darah yang macam ulat 🀭 "Dekat mata Cikgu pun ada ulat la cikgu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚" Jom kita cari 'ulat' dekat daun pula. Berhenti sejenak dan renunglah apa yang ada pada alam ciptaan Ilahi. Maka kita akan nampak banyak tanda-tanda. ❤️❤️❤️ #pendaftaran2026kinidibuka #bestausekolahkami #wassap0177784681 #5dthinkingkids ♬ Fun Day - AShamaluevMusic
  2. Kerdipan Mata
    Dalam masa 30 saat, mereka mengira berapa kali mata Cikgu Ana berkelip. Aktiviti ringkas ini buat mereka sedar betapa mata tidak pernah berhenti bekerja untuk kita.

  3. Salur Darah di Mata
    Anak-anak diminta melihat dengan teliti mata kawan. Ada yang nampak salur darah halus, lalu bersuara:
    “Dekat mata Cikgu pun ada ulat la, Cikgu!” πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ” Dari sini, kami mengajak mereka meneruskan pencarian:
“Jom kita cari ‘ulat’ dekat daun pula.”

🌿 Saat anak-anak memerhati urat daun, mereka mula nampak persamaan antara ciptaan Allah pada diri manusia dan pada alam sekitar. Semuanya tanpa perlu kita sebut. Kita mahu mereka berfikir sendiri. Semasa langkah pertama 'Explore', kita biarkan sel-sel otak mereka bersambung tanpa kita suap dengan jawapan Allah mencipta semua ini. Kita simpan dulu, sehingga langkah 4, 'Connect' nanti.

❤️ Refleksi:
Kadang-kadang, ilmu yang besar datang dari pemerhatian kecil.
Apabila kita berhenti sejenak dan merenung alam, kita akan temui banyak tanda-tanda kebesaran Ilahi. Berhenti sejenak, dalam kesibukan dunia kini.

Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun