KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 1 (30.7.2025) - EXPLORE

Melihat Alam Dengan Mata Sendiri

Hari ini anak-anak dibawa berjalan mengelilingi kawasan tadika. Mata kecil mereka terus memandang ke sekeliling – ada yang nampak pokok tinggi, ada yang nampak bunga kecil, ada yang nampak awan bergerak perlahan di langit. Ada yang nampak matahari! Masih teringat lagi sebelum ini beberapa minggu kisah kami berkisar tentang matahari.
@kembarabijak Setiap Rabu kami menerokai alam yang terbentang luas. Kali ini topik baharu iaitu berkaitan mata. Anak-anak 6 Santun membuat topeng muka menggunakan bahan yang ada di sekitar seperti bunga, daun dan ranting kayu. Setelah siap mereka cuba memakai topeng namun gelap kerana tiada lubang mata. "Seronok tak kalau tak ada mata?" Adakalanya kita terleka dengan banyak nikmat yang kita ada dek kerana sibuk mengejar apa yang tiada. Kali ini topik mata untuk diterokai bersama menggunakan kerangka 5DT. Tunggu minggu depan pula ya, bersambung, insya-Allah. #pendaftaran2026bakaldibuka #tadikapilihandijitra #tadikajitra2026 #tadikakembarabijak #selamatdatangketadikakembarabijak ♬ Outside - Lady Jane Music
Selepas itu, mereka berjalan mengutip bahan alam seperti daun, bunga dan ranting kecil. Dengan bahan itu, anak-anak membuat muka kreatif di atas kertas keras – mata, mulut dan kening semuanya dihias menggunakan ciptaan Allah yang indah.

Aktiviti ini mengajar anak-anak betapa pentingnya mata untuk melihat keindahan alam. Selepas siap topeng, guru berkata, "Cuba kamu jalan guna topeng tu, boleh nampak tak?"

Masing-masing dengan gembiranya cuba berjalan laju.

"Seronok nampak ke seronok tak nampak?" Melalui kerangka 5DT, fasa explore ini digunakan untuk anak-anak terokai tanpa kita tergesa-gesa mahu memperkenalkan pencipta.



Kita mahu anak-anak lihat dan alami sendiri menggunakan deria dan fokus kepada topik yang kita mahu perkenalkan. Untuk kali ini, kita tekankan penggunaan mata yang mengindahkan apa yang kita dengar, rasa dan sentuh. Kita tak teruskan menekankan anak-anak kepada siapa yang cipta mata. Kita mahu anak-anak ini terokai, dengan mata apa yang mereka boleh buat.

Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun