Photo by cottonbro from Pexels No book for today! Kebanyakan kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok jika ibu bapa atau guru tidak menggunakan buku atau alatan bantuan mengajar seperti kertas dan pensel di rumah atau di dalam kelas. Kanak-kanak cepat berasa bosan jika mereka asyik dibebankan dengan ‘homework’ atau kerja sekolah yang memerlukan mereka menulis. Sekali-sekala, ibu bapa dan guru mestilah membenarkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang unik itu untuk mencipta sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, ibu bapa atau guru memberikan permainan yang mampu menarik minat mereka dalam masa yang sama dapat melatih dan merangsang minda mereka. Contoh permainan tersebut ialah blok atau mainan yang bersifat konstruktif di mana mainan tersebut boleh dibina dan disusun. Dalam buku Ada Apa Dengan Bermain karya Dr. Putri Afzan Maria, beliau menulis tentang satu topik iaitu Do You Know That Children go Through 6 Expected Stages in Their Block Play....
PDPR atau Pembelajaran Di Rumah merupakan kaedah pembelajaran norma baharu yang kini diaplikasikan dalam kalngan masyarakat kini bukan sahaja disesetengah negeri tetapi secara keseluruhan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, peningkatan kes jangkitan CoronaVirus dalam kalangan masyarakat Malaysia mencapai penularan yang tidak dan mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami kekangan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari rumah. PDPR atau konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian yang menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom ataupun WhatsApp Video. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran secara moden dan boleh mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara salah satu kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan pembelaja...
Tapak Projek Cilik Bijak Tani Pertanian ataupun bercucuk tanam merupakan pekerjaan dan juga aktiviti bermanfaat yang sudah lama dijalankan sejak dari zaman dahulu hingga kini. Bidang pertanian ini merupakan salah satu aktiviti dan pekerjaan yang mulia di sisi Islam. Hal ini kerana, aktiviti bercucuk tanam dapat mendekatkan diri dengan Pencipta seterusnya menghargai dan menikmati rezeki daripada Allah SWT. Selain itu, aktiviti bercucuk tanam membolehkan seseorang itu melihat tanda-tanda kebesaran Allah dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mahu meneroka dan lebih teruja jika mereka selalu didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam ini. Hal ini kerana, mereka sangat enjoy dan gembira melakukan aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan buku dan lebih tertumpu kepada aktiviti luar. Ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi anak-anak dan membimbing mereka tentang cara menggali tanah dengan betul, menggembur tanah dan menanam biji b...
Comments
Post a Comment