Melihat Alam Dengan Mata Sendiri Hari ini anak-anak dibawa berjalan mengelilingi kawasan tadika. Mata kecil mereka terus memandang ke sekeliling – ada yang nampak pokok tinggi, ada yang nampak bunga kecil, ada yang nampak awan bergerak perlahan di langit. Ada yang nampak matahari! Masih teringat lagi sebelum ini beberapa minggu kisah kami berkisar tentang matahari. @kembarabijak Setiap Rabu kami menerokai alam yang terbentang luas. Kali ini topik baharu iaitu berkaitan mata. Anak-anak 6 Santun membuat topeng muka menggunakan bahan yang ada di sekitar seperti bunga, daun dan ranting kayu. Setelah siap mereka cuba memakai topeng namun gelap kerana tiada lubang mata. "Seronok tak kalau tak ada mata?" Adakalanya kita terleka dengan banyak nikmat yang kita ada dek kerana sibuk mengejar apa yang tiada. Kali ini topik mata untuk diterokai bersama menggunakan kerangka 5DT. Tunggu minggu depan pula ya, bersambung, insya-Allah. #pendaftaran2026bakaldibuka #tadikapilihandijitra...
Comments
Post a Comment