Teknik Belajar Bahasa Arab Sambil Melukis
Tadika ABS dengan kerjasama Tuan Ustaz Nasrul Lagendaseni telah mengadakan Kelas Asas Lukisan dan Bahasa Arab 23 November 2014.
Kelas yang diadakan selama lebih kurang 2 jam terasa seperti 20 minit sahaja. Anak-anak khusyuk belajar asas lukisan sambil diterapkan dengan ilmu Bahasa Arab. Anak-anak akan fokus belajar apabila guru kreatif menukar gaya pembelajaran dan menepati fitrah dan kehendak anak-anak.
Raikan bakat anak-anak dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti. Bakat yang digilap dengan usaha bersungguh-sunguh dapat menyediakan anak-anak ini menjadi generasi berdaya saing tinggi kelak.
Comments
Post a Comment