Anak dilatih untuk bersopan-santun dan hormat sesama kawan dan yang lebih dewasa di Tadika Kembara Bijak Si kecil anda lincah dan bertenaga sepanjang hari? Jika ya, maka jangan biarkan mereka kebosanan atau masa mereka terbuang begitu saja tanpa ada aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anaknya aktif, pintar dan kreatif. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang peka tentang tahap kreatif anak masing-masing kerana kreativiti itu bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi. Kreativiti itu perlu dipupuk dan dirangsang secara konsisten agar hal itu menjadi kebiasaan dalam diri si kecil. Ibu bapa juga haruslah mengetahui bahawa rumah merupakan tempat utama mereka menghabiskan masa berbanding jadual mereka di sekolah atau tadika. Dalam erti kata lain, rumah adalah tempat mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan banyak bahan di rumah yang boleh dijadikan objek bagi meningkatkan daya kreativiti yang boleh membuatkan pembelajaran lebih men...
Comments
Post a Comment