3 Skrip Bercakap Dengan Anak Supaya Anak Rasa Difahami
Menurut Hattersal (1985) dan Mudjiran.ddk (2007) menyatakan bahawa emosi adalah psikologi yang merupakan pemgalaman subjektif (perasaan) yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh.
Kanak-kanak
merupakan golongan yang turut sama mengalami beberapa fasa perasaan seperti
orang dewasa seperti fasa perasaan sedih, kecewa dan marah. Kecenderungan
kanak-kanak ketika mengalami fasa ini lebih kepada ingin meluahkan dan meminta
akan didengari dan difahami beserta menunjukkan perasaan empati (memahami) oleh
ibu bapa mahupun guru. Menurut Rosmaria Mohd Sahat dalam buku beliau yang
bertajuk “Say It Right” menyatakan yang anak-anak berkebolehan untuk menilai
kualiti emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru melalui konsep “seeing is
behaving”.
Menurut Adele
Faber dan Elaine Mazlish, dalam penulisan mereka menyatakan yang setiap apa
yang diperkatakan oleh ibu bapa dan guru boleh memberi kesan kepada harga diri
kanak-kanak sebagaimana penulis menggambarkan ia seperti “When kids feel right,
they will behave right”.
Berikut merupakan 3 skrip bercakap dengan anak-anak supaya mereka dapat merasakan mereka difahami oleh orang dewasa.
MENDENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN
Konsep ini menerangkan bagaimana ibu bapa dan guru perlu memberi
reaksi kepada luahan perasaan anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan
tumpuan ketika mereka menceritakan situasi yang mereka alami. Konsep ini perlu
dipraktikkan sebagaimana penulis dalam penulisan beliau iaitu Anak mata Bahasa
Cinta (ABC). Fokus dan perhatian menjadi kunci utama kepada perkembangan emosi
kanak-kanak untuk merasakan mereka difahami.
Bagi kanak-kanak, perhatian dan respon yang baik beserta pandangan mata yang jelas fokus kepada mereka ketika mereka sedang bercerita merupakan salah satu tanda kepercayaan terhadap apa yang mereka ingin kongsikan. Kedudukan anak mata, memalingkan badan kea rah mereka dan memberi respon positif seperti empati (memahami) adalah paradigm baru yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dan guru pada masa kini.
AMBIL MAKLUM DENGAN DORONGAN MINIMA (OHH… HMMM…)
Konsep dorongan minima ini pula dapat dipraktikkan ketika anak-anak menerangkan tentang situasi yang menganggu mereka sebagai contoh situasi ketika anak-anak bergaduh dengan rakan mereka atau situasi mereka kehilangan barangan.
Ketika mereka menjelaskan situasi ini, bukanlah respon pertanyaan atau penyelesaian tetapi lebih kepada respon dorongan minima dalam konsep kaunseling iaitu menggunakan “ohh..” ataupun “hmm..”. Konsep ini dapat membantu dalam penerokaan terhadap emosi (perasaan) dan kognitif (permikiran) anak-anak.
Teknik ini merupakan salah satu cara yang juga dapat membantu anak-anak dalam membentuk permikiran dalam penyelesaian masalah. Anak-anak akan menunjukkan kesungguhan untuk mencari jalan peneyelesaian apabila melihat kesungguhan dan sikap keterbukaan ibu bapa dan pendidik. Elakkan memberi nasihat secara berterusan atau mengajukan soalan yang terlalu banyak ketika mereka bercerita kerana ia dapat memberi kesan kepada “terbantutnya” penceritaan anak-anak untuk berkongsi.
NAMAKAN PERASAAN TANDA EMPATI
Empati merupakan salah satu perasaan yang wujud dalam diri semua manusia dan golongan termasuklah kanak-kanak. Empati pemahaman dari sudut psikologi merupakan perasaan memahami dan meletakkan diri dalam situasi sukar yang dialami oleh orang lain. Dalam bahasa inggeris, selalunya menggunakan konsep “Put yourself in others shoes”.
Namun begitu konsep empati dan simpati mempunyai perbezaan yang agak jauh apabila simpati difahami kepada perkongsian perasaan yang sama dan dirasai oleh individu lain. Dalam konsep mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam diri anak-anak supaya mereka rasa difahami, empati sangat penting waimah seorang kaunselor turut mempraktikkan konsep empati untuk memahami situasi individu lain. Carl Roges, seorang pakar psikologis menyatakan yang konsep empati ini sangat penting dalam mewujudkan kepercayaan untuk berkongsi dan pemahaman dalam diri anak-anak.
Konsep ini menjelaskan bahawa apabila kanak-kanak menjelaskan atau meluahkan emosi mereka, mereka menginginkan mereka difahami dan menganggap individu yang mendengar masalah mereka tersebut (ibu bapa dan guru) dapat merasakan perasaan yang sama.
Tindakan yang perlu dielakkan dalam konsep ini adalah apabila ibu bapa atau guru cuba menafikan perasaan yang ditujukkan oleh anak-anak dan situasi tersebut dapat mendorong keadaan menjadi semakin sukar iaitu anak-anak akan menunjukkan perasaan dengan lebih agresif atau memendam.
Seorang dewasa juga tidak terlepas daripada ingin rasa difahami oleh orang sekeliling, begitu juga kanak-kanak. Apabila ibu bapa bertindak menyatakan perasaan yang dialami oleh anak-anak akan membantu anak-anak untuk berasa lebih selesa dan difahami.
Penulis : Cikgu Anis
Comments
Post a Comment