Roblox, Superbear, Plato? Adakah Ini Cabaran Dalam Mendidik Anak Zaman Ini
Dalam era globalisasi dan serba serbi canggih ini, sebarang aktiviti mahupun maklumat dapat kita perolehi termasuklah belajar secara dalam talian. Kanak-kanak juga sudah bijak menggunakan gajet dalam kehidupan seharian mereka seperti menonton cerita kartun kegemaran mereka, bermain permainan secara atas talian dan banyak lagi, tanpa perlu diajar. Mereka hanya perlu memerhati apa yang dibuat oleh orang dewasa dan rakan sebaya! Roblox, Superbear, Plato, ini antara permainan di atas talian yang sudah boleh diterokai sendiri oleh anak yang mempunyai akses kepada telefon pintar!
Namun demikian, penggunaan telefon pintar yang berlebihan akan
menyebabkan perkembangan otak anak anda pasif kerana mereka hanya tertumpu pada
satu tempat. Hanya visual mereka dirangsang secara berlebihan. Selain itu,
perkembangan bahasa mereka juga akan menjadi sedikit lambat. Menurut Donna.com,
kebanyakan ahli psikologi menyarankan agar ibu bapa banyak berbual dengan anak
sekerap yang mungkin.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa seharusnya memastikan anak-anak
mendapat pendidikan atau asas yang baik serta kukuh supaya anak-anak akan cepat
menyerap ilmu pengetahuan khususnya dari segi akademik mahupun sukan. Jika asas
pembelajaran itu tidak kuat, kadar perkembangan minda kanak-kanak mungkin
perlahan dan lemah. Pengajaran yang beterusan daripada ibu bapa mahupun guru
akan menjadikan seseorang murid itu mampu menyerap apa yang diberikan dengan
lebih optimum seperti kata-kata Confucius yang bererti, “Jangan pernah berkata
tidak dalam pembelajaran dan mengajar orang lain”.
Kredit foto: National Training Laboratories, Maine
Menurut National Training Laboratories, Piramid Pembelajaran menunjukkan bahawa sebahagian besar murid hanya mengingat sesuatu
perkara itu hanya dalam 10%, hasil daripada pembacaan. Sebaliknya, para murid
akan lebih memahami dan cepat menyerap sesuatu pembelajaran itu dengan mengajar
kawan sebayanya atau orang lain iaitu sekitar 90%.
Selain itu, model ini juga menunjukkan bahawa beberapa kaedah pembelajaran lebih efektif daripada kaedah lain kerana kaedah
pembelajaran yang lebih bervariasi akan menyebabkan pembelajaran itu lebih baik
dan berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Kadar efektif kaedah ini walau dalam pembelajaran apa sekalipun, akan dipengaruhi oleh gaya belajar anak-anak anda yang unik dan abstrak. Ada kanak-kanak yang boleh mengingat sesuatu info itu dengan baik melalui pembelajaran visual iaitu spasial, ada kanak-kanak yang mampu memahami sesuatu pembelajaran itu dengan kaedah auditori. Untuk memaksimumkan kadar efektiviti dalam pembelajaran anak anda, anda seharusnya bijak menemukan cara pembelajaran anak kita(learning style).
Di samping itu, Piramid Pembelajaran yang dicipta oleh Williams &
Shellenberger (1996), mengusulkan bahawa
pembelajaran bersifat incremental (berkembang sedikit demi
sedikit secara teratur) dan penyatuan sensorik kanak-kanak memainkan peranan besar dalam perkembangan
mereka. Piramida Pembelajaran mendemonstrasikan bagaimana tubuh kanak-kanak 'mengatur' input dari sekeliling atau cara input itu ditonjolkan kepada kanak-kanak. Selain
itu, piramid ini juga menunjukkan penjelasan yang ringkas tentang cara
menghubungkan kesemua pancaindera dan keterampilan anak-anak anda.
Daripada foto di atas, perkembangan kemahiran pada bahagian bawah mesti
diperolehi dahulu kemudian diikuti dengan aras di atasnya. Hal ini kerana,
semakin tinggi aras tersebut, semakin sukar penguasaannya menyebabkan
kanak-kanak perlu menggunakan kemahiran kognitif ataupun kemahiran berfikir
yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru mestilah memantau dan
melihat sama ada kemahiran di atas sudah dikuasai sepenuhnya oleh anak atau murid
masing-masing.
Sebagai contoh, untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat
menangkap sesuatu pembelajaran atau disebut delay, guru atau ibu bapa
seharusnya peka dan cepat bertindak supaya murid tersebut tidak ketinggalan
dalam pembelajarannya. Guru atau ibu bapa haruslah fokus kepada bahagian yang
belum dikuasai oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dan mula
semula kemahiran tersebut.
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru seharusnya berganding bahu dalam
menganalisis dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran kanak-kanak agar mereka
cepat menyerap ilmu dari semua sudut. Hal ini kerana semua kaedah yang
diberikan adalah penting dalam perkembangan minda anak-anak anda seterusnya
akan membolehkan mereka lebih cekap mendalami sesuatu ilmu pengetahuan itu
sesuai dengan kemahiran ataupun teknik pembelajaran yang mereka gemari.
Comments
Post a Comment