4 Tahap Ketagihan Skrin/Gajet & Tanda-tandanya



Terima kasih Puan
Adlil Rajiah
yang kongsikan info ini. Pagi ini Cikgu Ana sempat dengar perkongsiannya dan salin semula.
Moga bermanfaat.
1. NO ADDICTION (TIADA KETAGIHAN)
+ anak boleh pulangkan gajet apabila diminta tanpa memberontak
+ anak tidak minta gajet/tv apabila bosan
+ anak boleh bermain sendiri atau berkumpulan tanpa gajet
+ apabila anak menangis, ibu bapa tidak perlu gunakan gajet/skrin untuk tenteramkan anak
+ anak boleh mendahulukan yang perlu, suruh makan/mandi boleh tinggalkan gajet
2. MILD ADDICTION (KETAGIHAN RINGAN)
4 TANDA KETAGIHAN RINGAN SKRIN/GAJET
+ anak boleh patuh peraturan skrin tetapi apabila diambil semula akan merajuk
+ anak mula minta gajet di luar waktu yang ditetapkan
+ apabila minta semula, anak akan melengah-lengahkan
+ anak suka bersendirian dengan gajet dan tiada gangguan, walaupun kita duduk sebelah dia untuk lihat, anak tidak suka dan akan pergi ke tempat lain

3. MODERATE ADDICTION (KETAGIHAN BIASA)
Tahap red flag, kena perlu berjaga-jaga jika sudah ke tahap ini
13 TANDA KETAGIHAN BIASA SKRIN/GAJET
+ anak mula mendesak/merayu untuk lebih 'screen time'
+ setiap kali tengah tunggu giliran, anak akan minta gajet
+ anak nampak ibu bapa sibuk (contoh balik dari kerja), anak akan terus minta gajet
+ anak mula ambil telefon tanpa minta izin
+ anak mula layan gajet sendirian (dalam toilet/selimut)
+ anak mula menjerit/merungut/marah-marah apabila gajet diambil semula
+ apabila 1 gajet habis bateri, anak akan cari gajet lain (tv dll)
+ anak guna gajet ketika aktiviti keluarga (makan, tidur)
+ ibu bapa terpaksa tenangkan anak dengan skrin (tak nak makan, bagi gajet untuk makan)
+ anak cari jalan untuk dapatkan skrin sebagai ganjaran (tunjuk rajin)
+ anak lebih suka join aktiviti libatkan gajet berbanding aktiviti seperti main bola
+ anak suka berdamping dengan orang dewasa ada gajet
+ anak tidak menyahut ketika tengah tengok skrin

4. SEVERE ADDICTION (KETAGIHAN PARAH)
8 TANDA KETAGIHAN PARAH SKRIN/GAJET
+ anak bangkang peraturan tengok skrin (mengarutla peraturan, kawan saya ok je semua boleh guna)
+ anak hilang rasa hormat kepada ibu bapa apabila kita ambil semula gajet
+ anak mula mengasingkan diri/merajuk sehingga ibu bapa beri semula gajet
+ anak boleh berjaga malam jika ada gajet. anak pura-pura tidur dan ambil gajet
+ anak mula paksa ibu bapa belikan telefon/pasang tv di bilik
+ anak mula geledah beg ibu bapa untuk cari gajet
+ anak mula tantrum, baling barang
+ anak mula tengok multi screen. tv on, utube on.

Apabila baca mengapa pencipta teknologi sendiri seperti Steve Jobs tidak berikan gajet kepada anak, terasa seperti tidak percaya.

Namun, pastinya ada sebabnya. Gajet adalah alat. Sama seperti pisau. Jika kita gunakannya dengan betul, banyak faedah yang akan kita terima. Jika kita salah guna, pastinya ia akan melukakan kita sendiri.
***
Pendaftaran 2021 masih dibuka.
KEKOSONGAN 2021 (sehingga 20/10/2020)
6 tahun : PENUH
5 tahun : 1
4 tahun : 6

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah