KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 3 (25.6.2025)



@kembarabijak KEMBARA ALAM & PENDIDIKAN ISLAM 6 SANTUN Hari ini kami sambung Kembara Alam tapi kami mulakan di tadika dulu menonton klip video matahari. Kami bergilir melihat lampu suluh. Ada mentol kecil di dalamnya yang mengeluarkan cahaya apabila ditekan suisnya. Apa YANG SAMA antara matahari dan mentol. Apa pula yang berbeza? Murid-murid dilatih untuk berfikir. Selepas itu kami bergegas keluar mengira lampu di jalan dan rumah. Balik nanti ada tugasan kira lampu di rumah pula ya. Selepas itu, Teacher Afiqah sambung dengan slot Pendidikan Islam. Kami belajar sifat nabi tabligh iaitu menyampaikan. Bagaimana nak sampaikan? Ajak kawan-kawan buat kebaikan. Teacher ajar kami selawat 10x. Kami belajar guna jari pun boleh nak kira 10x. Nanti sampaikan kepada keluarga pula ya cara guna jari nak kira selawat. Penutup, Teacher Afiqah beri tugasan setiap pagi 10x selawat. Semoga menjadi ingatan dan amalan buat anak-anak dan gurunya juga. Amin! #selamatdatangketadikakembarabijak #tadikajitra2025 #5dthinkingkids ♬ original sound - Kembara Bijak

Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun