KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 5 (9.7.2025)

@kembarabijak Kembara Alam dan Pendidikan Islam 6 Santun Setiap Isnin dan Rabu semua tak sabar. Mesti tanya cikgu hari ni kita senaman ke, hari ni kita ke taman ke? Alhamdulillah semua alert dengan apa yang berlaku, tahu hari apa hari ini. Apa lagi seronok dapat pertanyaan, "Cikgu, esok kita nak buat apa?“ Hari ini baru nak mula dah tanya hari esok ya anak-anak 😊 Hari ni kami melihat bagaimana Bumi mengeliling i Matahari melalui klip video. Cikgu Ana tunjukkan contoh bumi (globe) dan lampu suluh menjadi matahari. Kami belajar bagaimana siang dan malam terjadi. Sungguh hebat putaran bumi dan planet, berputar pada paksi dan beredar mengelilingi matahari tanpa berlanggar sesama sendiri. Setelah melihat klip video, kami ke taman untuk membuat simulasi putaran bumi dan peredaran. Pening rupa-rupanya kalau berputar. Tapi kenapa kita yang duduk di bumi tak terasa kan? Selepas selesai simulasi, kami main sebentar di taman. Alhamdulillah, seronok walaupun hanya seketika. Berpeluh seluruh badan, syukur. Setelah pulang, kami sambung dengan slot Pendidikan Islam. Teacher Afiqah buat ulangkaji apakah 4 sifat nabi. Awal-awak kedengaran anak-anak sebut Fathonah Fathonah. Nampaknya yang belajar minggu lepas masih ingat, alhamdulillah. Jam menunjukan pukul 10, masa untuk makan pagi. Terima kasih Cikgu Anis yang masak mi goreng untuk kami 😘 #selamatdatangketadikakembarabijak #tadikakembarabijak #bestausekolahkami #wassap0177784681 #tadikajitra2025 ♬ original sound - Kembara Bijak

Comments

Popular posts from this blog

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun