KEMBARA ALAM 5DT : MATA MINGGU 2 (6.8.2025) - EXPLORE
Kembara Alam TKB – Dari Topeng ke Kamera Kertas
Minggu ini, anak-anak Kembara Bijak meneruskan lagi langkah dalam Kembara Alam TKB.
✨ Minggu Lepas:
Kami membuat topeng khas – ada yang tanpa lubang mata. Anak-anak berpeluang merasai sendiri suasana gelap gelita apabila penglihatan terhalang. Aktiviti ini mengajar mereka betapa pentingnya mata sebagai anugerah Allah yang tidak ternilai.
📸 Minggu Ini:
Kami melangkah ke aktiviti seterusnya – membuat kamera daripada kertas keras terpakai. Anak-anak seronok menghias kamera mereka dengan bunga-bungaan, kemudian meneroka alam sekitar seolah-olah melihat dari “lensa kamera”.
Melalui aktiviti ini, mereka belajar bahawa cara kita memandang dunia boleh jadi lebih indah apabila disertai rasa ingin tahu dan kreativiti.
@kembarabijak KEMBARA ALAM TKB Minggu ini kita sambung lagi step explore. Minggu lepas kita buat topeng. Kita alamin sendiri bagaimana jika memakai topeng yang tiada lubang mata, alam gelap gelita. Kali ini kita buat kamera guna kertas keras terpakai l, hias dengan bunga-bungaan sambil menerokai alam dari 'lensa kamera'. Insya-Allah minggu depan kita akan masuk ke langkah kedua 5DT iaitu Analogical Thinking. Kita akan bandingkan mata dengan kamera. Apa beza? Siapa tiru siapa? Jangan lupa rakamkan memori indah bersama keluarga menggunakan kamera kertas kamu semua 😉 #pendaftaran2026bakaldibuka #bestausekolahkami #wassap0177784681 #selamatdatangketadikakembarabijak #tadikakembarabijak ♬ original sound - echel
🔭 Minggu Depan:
Insya-Allah, kami akan memasuki langkah kedua dalam 5DT (5 Dimensi Thinking) iaitu Analogical Thinking.
Anak-anak akan diajak membandingkan mata dengan kamera.
-
Apa bezanya?
-
Siapa meniru siapa?
💡 Pesanan:
Jangan lupa untuk merakam memori indah bersama keluarga menggunakan kamera kertas masing-masing. Kenangan kecil inilah yang akan jadi bekal besar buat anak-anak nanti.
Comments
Post a Comment