Posts

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah

Image
  Photo by  cottonbro  from  Pexels No book for today! Kebanyakan kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok jika ibu bapa atau guru tidak menggunakan buku atau alatan bantuan mengajar seperti kertas dan pensel di rumah atau di dalam kelas. Kanak-kanak cepat berasa bosan jika mereka asyik dibebankan dengan ‘homework’ atau kerja sekolah yang memerlukan mereka menulis. Sekali-sekala, ibu bapa dan guru mestilah membenarkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka yang unik itu untuk mencipta sesuatu yang mereka suka. Sebagai contoh, ibu bapa atau guru memberikan permainan yang mampu menarik minat mereka dalam masa yang sama dapat melatih dan merangsang minda mereka. Contoh permainan tersebut ialah blok atau mainan yang bersifat konstruktif di mana mainan tersebut boleh dibina dan disusun. Dalam buku Ada Apa Dengan Bermain karya Dr. Putri Afzan Maria, beliau menulis tentang satu topik iaitu Do You Know That Children go Through 6 Expected Stages in Their Block Play....

4 Aktiviti Menarik Menggunakan Bahan Di Rumah Untuk Anak 4-6 Tahun

Image
Anak dilatih untuk bersopan-santun dan hormat sesama kawan dan yang lebih dewasa di Tadika Kembara Bijak Si kecil anda lincah dan bertenaga sepanjang hari? Jika ya, maka jangan biarkan mereka kebosanan atau masa mereka terbuang begitu saja tanpa ada aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Ibu dan bapa mana yang tidak mahu anaknya aktif, pintar dan kreatif.  Namun, kebanyakan ibu bapa kurang peka tentang tahap kreatif anak masing-masing kerana kreativiti itu bukanlah sesuatu yang datang secara semula jadi. Kreativiti itu perlu dipupuk dan dirangsang secara konsisten agar hal itu menjadi kebiasaan dalam diri si kecil. Ibu bapa juga haruslah mengetahui bahawa rumah merupakan tempat utama mereka menghabiskan masa berbanding jadual mereka di sekolah atau tadika. Dalam erti kata lain, rumah adalah tempat mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan banyak bahan di rumah yang boleh dijadikan objek bagi meningkatkan daya kreativiti yang boleh membuatkan pembelajaran lebih men...

3 Skrip Bercakap Dengan Anak Supaya Anak Rasa Difahami

Image
Menurut Hattersal (1985) dan Mudjiran.ddk (2007) menyatakan bahawa emosi adalah psikologi yang merupakan pemgalaman subjektif (perasaan) yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh. Kanak-kanak merupakan golongan yang turut sama mengalami beberapa fasa perasaan seperti orang dewasa seperti fasa perasaan sedih, kecewa dan marah. Kecenderungan kanak-kanak ketika mengalami fasa ini lebih kepada ingin meluahkan dan meminta akan didengari dan difahami beserta menunjukkan perasaan empati (memahami) oleh ibu bapa mahupun guru. Menurut Rosmaria Mohd Sahat dalam buku beliau yang bertajuk “Say It Right” menyatakan yang anak-anak berkebolehan untuk menilai kualiti emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru melalui konsep “seeing is behaving”. Menurut Adele Faber dan Elaine Mazlish, dalam penulisan mereka menyatakan yang setiap apa yang diperkatakan oleh ibu bapa dan guru boleh memberi kesan kepada harga diri kanak-kanak sebagaimana penulis menggambarkan ia seperti “When kids feel right,...

4 Tahap Ketagihan Skrin/Gajet & Tanda-tandanya

Image
Terima kasih Puan Adlil Rajiah yang kongsikan info ini. Pagi ini Cikgu Ana sempat dengar perkongsiannya dan salin semula. Moga bermanfaat. 1. NO ADDICTION (TIADA KETAGIHAN) + anak boleh pulangkan gajet apabila diminta tanpa memberontak + anak tidak minta gajet/tv apabila bosan + anak boleh bermain sendiri atau berkumpulan tanpa gajet + apabila anak menangis, ibu bapa tidak perlu gunakan gajet/skrin untuk tenteramkan anak + anak boleh mendahulukan yang perlu, suruh makan/mandi boleh tinggalkan gajet 2. MILD ADDICTION (KETAGIHAN RINGAN) 4 TANDA KETAGIHAN RINGAN SKRIN/GAJET + anak boleh patuh peraturan skrin tetapi apabila diambil semula akan merajuk + anak mula minta gajet di luar waktu yang ditetapkan + apabila minta semula, anak akan melengah-lengahkan + anak suka bersendirian dengan gajet dan tiada gangguan, walaupun kita duduk sebelah dia untuk lihat, anak tidak suka dan akan pergi ke tempat lain 3. MODERATE ADDICTION (KETAGIHAN BIASA) Tahap red flag, kena perlu berjaga-jaga jika su...

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

Image
  Tapak Projek Cilik Bijak Tani Pertanian ataupun bercucuk tanam merupakan pekerjaan dan juga aktiviti bermanfaat yang sudah lama dijalankan sejak dari zaman dahulu hingga kini. Bidang pertanian ini merupakan salah satu aktiviti dan pekerjaan yang mulia di sisi Islam.  Hal ini kerana, aktiviti bercucuk tanam dapat mendekatkan diri dengan Pencipta seterusnya menghargai dan menikmati rezeki daripada Allah SWT. Selain itu, aktiviti bercucuk tanam membolehkan seseorang itu melihat tanda-tanda kebesaran Allah dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan.  Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mahu meneroka dan lebih teruja jika mereka selalu didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam ini. Hal ini kerana, mereka sangat  enjoy  dan gembira melakukan aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan buku dan lebih tertumpu kepada aktiviti luar. Ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi anak-anak dan membimbing mereka tentang cara menggali tanah dengan betul, menggembur tanah dan menanam biji b...

10 Perkara Saya Belajar Tentang Anak Kecil Apabila Menjadi Guru Tadika

Image
  Lain kanak-kanak lain ragamnya. Ada kanak-kanak yang hanya sekali diberi arahan ataupun tunjuk ajar, ada juga kanak-kanak yang lambat bertindak apabila diberi sebarang arahan.  Namun demikian, adakah kita sebagai pendidik atau ibu bapa cuba memahami apakah yang sebenarnya kanak-kanak inginkan?  Menurut penulis buku keibubapaan, Puan Adlil Rajiah, kanak-kanak mempunyai daya fokus yang berbeza-beza dan daya fokus kanak-kanak hanya bertahan dalam masa 30 saat hingga satu minit sahaja.  Walaupun demikian, daya fokus kanak-kanak dalam sesuatu topik mahupun aktiviti sebenarnya boleh dirangsang dengan kreativiti para pendidik dan juga ibu bapa. Sebagai seorang pendidik, banyak perangai dan juga ragam kanak-kanak yang harus kita alert dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Ini adalah 10 perkara saya belajar tentang anak kecil apabila menjadi guru tadika: 1.    1. Kanak-kanak mahukan perhatian dan masa untuk mereka. Orang dewasa seperti kita juga meme...