3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

 

Tapak Projek Cilik Bijak Tani

Pertanian ataupun bercucuk tanam merupakan pekerjaan dan juga aktiviti bermanfaat yang sudah lama dijalankan sejak dari zaman dahulu hingga kini. Bidang pertanian ini merupakan salah satu aktiviti dan pekerjaan yang mulia di sisi Islam. 

Hal ini kerana, aktiviti bercucuk tanam dapat mendekatkan diri dengan Pencipta seterusnya menghargai dan menikmati rezeki daripada Allah SWT. Selain itu, aktiviti bercucuk tanam membolehkan seseorang itu melihat tanda-tanda kebesaran Allah dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan. 

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mahu meneroka dan lebih teruja jika mereka selalu didedahkan dengan aktiviti bercucuk tanam ini. Hal ini kerana, mereka sangat enjoy dan gembira melakukan aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan buku dan lebih tertumpu kepada aktiviti luar. Ibu bapa mestilah sentiasa mengawasi anak-anak dan membimbing mereka tentang cara menggali tanah dengan betul, menggembur tanah dan menanam biji benih.

Alangkah gembiranya hati ibu bapa jika seorang anak itu menunjukkan minat dalam aktiviti yang disukai Allah dan Rasulullah SAW ini. Terdapat banyak faedah bercucuk tanam untuk kanak-kanak antaranya ialah:

Bayam Merah sudah mula membesar

1. Dapat meneroka dan menimba ilmu pengetahuan yang baru

Pada awalnya, kanak-kanak mungkin tidak menunjukkan minat dalam aktiviti bercucuk tanam ini. Namun demikian, ibu bapa dan gurulah yang berperanan untuk mengubah persepsi kanak-kanak tentang aktiviti bercucuk tanam. Didik mereka tentang kebaikan-kebaikan yang akan mereka peroleh jika berkebun. 

Selain itu, terangkan juga secara spesifik mengapa kita perlu menanam tumbuh-tumbuhan kepada kanak-kanak. Aktiviti bercucuk tanam ini secara tidak langsung mampu merangsang minda dan daya pemikiran si kecil.  Bercucuk tanam ini merupakan satu platform pendidikan yang bagus kepada kanak-kanak kerana mereka boleh belajar tentang banyak perkara di sekeliling mereka.

Bayam hijau

2. Memupuk perasaan cinta akan alam

Kanak-kanak yang sedari kecil sudah dididik dengan rasa sayang akan tumbu-tumbahan dan haiwan, akan membesar menjadi seorang yang cinta akan persekitarannya.  Hal ini kerana, bercucuk tanam membuka peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak agar proses pembelajaran kanak-kanak dalam mengenali, menghargai dan menyayangi alam sekitar dapat diamalkan secara berterusan. 

Selain itu, bercucuk tanam dapat melatih sifat tanggungjawab pada diri mereka untuk menjaga tanaman masing-masing.

Yang mana satu kangkung, yang mana satu rumput?

3. Menimba ilmu tentang makna sesebuah kehidupan

Kanak-kanak yang sering didedahkan dengan aktiviti bermanfaat seperti becucuk tanam ini lebih mempunyai connection atau link yang bagus dengan alam dan sebaliknya. Mereka akan setiasa berasa seronok jika ibu dan bapa mahu melakukan aktiviti bercucuk tanam kerana jiwa mereka sudah mula menyukai aktiviti yang mereka lakukan itu.

Faedah lain yang dapat diserapkan dalam diri kanak-kanak juga ialah aktiviti ini melatih kanak-kanak tentang pentingnya nilai kesabaran. Mereka perlu menunggu dengan tenang dan menjaga tumbuh-tumbuhan mereka supaya membesar dengan sihat dan mengeluarkan hasilnya kelak. 

Tanam pada hari yang sama, tetapi hanya sedikit yang membesar

Aktiviti bercucuk tanam ini dapat menjadi pemangkin untuk merangsang deria kanak-kanak supaya mereka menjadi lebih baik dan mereka dapat belajar tentang apa yang perlu dilakukan bagi memastikan benda hidup itu terus hidup.

Kesimpulannya, kanak-kanak akan mendapat faedah yang lumayan jika mereka benar-benar didedahkan dengan amalam bercucuk tanam. Hal ini kerana, mereka akan lebih menghargai alam sekitar dan memupuk sikap sabar yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti harian mereka yang lain.

Kangkung atau lalang?

Oleh itu, ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama menyemai minat bercucuk tanam ini dalam diri kanak-kanak agar mereka menjadi khalifah yang memliliki sifat mahmudah seperti perasaan sayang akan alam sekitar dan juga mempunyai sifat sabar yang tinggi.


***
Program Cilik Bijak Tani

Proses yang diterapkan semasa menanam sayuran melatih anak kecil tentang kepentingan proses menyediakan tanah, menabur biji benih dan menyiram setiap hari sebelum dapat menikmati hasilnya. Adakalanya, hasil tidak dapat dituai apabila dimakan serangga atau pelbagai faktor lain. Anak dilatih mencari solusi melalui program ini.

KEKOSONGAN 2021 (sehingga 1/10/2020)

6 tahun : 2
5 tahun : 3
4 tahun : 8

Walaupun terasa anak masih kecil sedangkan umur sudah 3 tahun +, boleh wasap Cikgu Ana untuk dapatkan info program sesi 2021. http://www.wassap.my/60177784681/TKB2021BL


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah