Posts

10 Kelebihan Bermain Dengan 'Loose Parts' Bagi Anak Kecil

Image
Kredit foto : Loose Parts Masih ingatkah betapa seronoknya dahulu kita dapat bermain di sekeliling rumah tanpa gajet? Ranting kayu diolah menjadi dapur masakan. Periuk lama emak di dapur habis diangkut. Kayu disusun menjadi khemah, ditutup dengan daun pisang. Berbeza sungguh dengan zaman ini. Masing-masing sibuk memegang objek empat segi di tangan. Kalaupun tidak milik sendiri, telefon lama milik kita pastinya diberikan sebagai pinjaman! Bukan nak sebut anak orang lain, anak sendiri pun begitulah realitinya. Cuma beza antara setiap yang memberikan gajet kepada anak, adakah mereka mengawal dan memberikan had masa, atau anak yang mengawal mereka? Membaca dari buku Ada Apa Dengan Bermain tulisan Dr. Putri buat entah ke berapa kalinya, mata terberhenti kepada 'loose part play'. Lantas jari jemari laju menaip di gugel, maka terhidanglah pelbagai idea tentang 'loose part play'. Seorang arkitek bernama Simon Nicholson telah membangunkan Theory of Loose Parts pada tahun 1970-an...

Ada Anak Berusia 4 Tahun Pada 2021? Ketahui 5 Sebab Mengapa Ibu Ayah Perlu Menghantar Anak Ke Tadika Seawal Usia 4 Tahun

Image
Setiap ibu bapa semestinya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka termasuklah memastikan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang bagus. Namun beberapa monolog seperti, “Eh, bolehkah dia sesuaikan diri bila hantar ke tadika?” sentiasa berlegar-legar di minda kita sebagai ibu bapa. Akan tetapi, ibu bapa pada era milenium kini kebanyakannya amat menitikberatkan pendidikan dalam diri anak-anak mereka. Taska menerima anak seawal usia 2 bulan ke 4 ta hun, manakala tadika yang menerima kemasukan murid yang berusia seawal 4 tahun hingga 6 tahun.  Jadi, mana satu yang lebih sesuai untuk anak? Taska, Tadika, Playschool atau teruskan sahaja di rumah pengasuh atau rumah tok? Ibu bapa seharusnya bijak memilih tempat pembelajaran yang terbaik dan juga bersesuaian dengan anak masing-masing agar anak-anak dapat menyerlah potensi mereka. Dalam artikel greatschools.org oleh Hank Pellissier menyatakan bahawa keperluan menyediakan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan daya pemikiran si cili...

Adakah Ibu Ayah Perlu Hantar Anak Ke Tadika Seawal Usia 3 Tahun+

Image
Adakalanya kita sebagai ibu ayah masih ragu-ragu. Adakah sudah masanya kita mengahantar anak yang umurnya bakal masuk 4 tahun. Tambahan pula anak lahir bulan 12, sudah bersediakah anak kita? Sebagai ibu ayah, perhatikan 3 perkara ini terlebih dahulu sebagai analisa awal merungkai persoalan yang selalu bermain di minda.  1.     MAHU ANAK BELAJAR BERKAWAN Apabila kita bawa anak ke taman permainan misalnya, perhatikan adakah anak boleh menyertai kawan-kawan bermain. Jika anak masih takut atau malu dan sentiasa mahu kita menemankan mereka, ini merupakan petanda anak perlu lebih banyak pendedahan dalam pergaulan sosial. Anak kecil sememangnya perlu belajar berkawan. Ianya bukan satu kemahiran yang boleh dibentuk dalam sehari. Anak perlu belajar dan mengalaminya sendiri. Berkomunikasi, menyampaikan perasaan, menunjukkan emosi. Emosi marah, sedih, gembira, kecewa ianya bukan sekadar lakonan semula. Ianya perlu dialami sendiri dan daripada situlah anak belajar menyatakan kep...

Resipi Begedil Ayam Mini Oleh Cef Cilik Kembara Bijak

Image
  Pada 23 Ogos 2020 bersamaan dengan hari Ahad, para Cef Cilik dari Tadika Kembara Bijak telah mempamerkan bakat masing-masing dalam pembuatan Begedil Ayam Mini dengan bimbingan para guru.  Aktiviti pembuatan  Begedil Ayam Mini  ini diadakan bagi menyemai minat memasak dalam kalangan kanak-kanak sejak dari kecil lagi seperti kata pepatah, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Pada peringkat umur begini, kanak-kanak cepat menyerap dan menerima arahan serta tunjuk ajar daripada guru-guru. Dalam pada itu, aktiviti memasak ini juga dapat membantu membentuk jati diri   yang baik dalam diri mereka. Foto 1 : Bahan-bahan untuk membuat Begedil Ayam Mini Foto 2 : Are you ready? Foto 3 : Cef Cilik Afwa sedang menggentel kentang membentuk bebola mini Foto 4 : Cef Cilik Adam bersama Begedil Ayam Mini. Kami buat sendiri na :D Foto 5 : Cef Cilik Aidil pun bukan main tak sabar nak buat begedil! Jom kita lihat resipi Begedil Ayam Mini: 1 kg kentang 3...

7 Panduan Mendidik Anak Kecil Berpuasa

Image
Assalamualaikum buat semua pembaca, Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 2 Ramadan. Untuk anak-anak di tadika, pada kebiasaannya rutin makan masih sama, jam 10 pagi sudah boleh makan :D Hanya untuk anak-anak 6 tahun, selalunya mereka sudah lebih matang dan ada yang mahu berpuasa sehingga waktu tengah hari. Alhamdulillah. Uniknya Ramadan kali ini, majoriti kita berada di rumah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kita normal yang baharu. Pastinya lebih sukar mendidik anak berpuasa di rumah, celik mata sudah buka peti ais :D Ini antara 7 panduan mendidik anak kecil berpuasa, hasil tulisan Tuan Asyraf Baharuddin, pengusaha Tadika Cilik Ilmu , Kangar. 7 Panduan Mendidik Anak Kecil Berpuasa Ramadan telah pun tiba selepas setahun berlalu. Pada tahun ini, ianya menjadi satu situasi yang mencabar bagi ibu bapa untuk mendidik anak kecil berpuasa kerana kita berada dalam tempoh PKP bagi mencegah wabak yang melanda. Hakikatnya, mendidik anak untuk berp...

Siri 1 Cilik Bijak Tani : Bayam Brazil

Image
Bertani. Bukan semua orang mempunyai minat bertani. Cikgu Ana sendiri, memang dari kecil tiada pendedahan menanam, jadi sampai besar pun minat itu tidak muncul tiba. Masa kecil hanya ada memori emak menanam cili dalam pasu dan pokok bunga kertas. Sehinggalah suatu hari rakan pengusaha Tadika Teguh Bestari Manjung berkongsi tanaman Bayam Brazil yang dibuat oleh anak-anak di tadika semasa cuti sekolah. Katanya mudah sahaja. Cucuk dan siram, insya-Allah boleh hidup. Bayam Brazil di Tadika Tegus Bestari Manjung. Gebu kan? Siapa tak geram :D Bermulalah Cikgu Ana cuba mencari keratan batang Bayam Brazil dan cuba dahulu tanam di rumah. Apabila terbukti mudah ditanam oleh seseorang yang memang tak ada pengalaman menanam, keberanian untuk mencuba projek tanaman di Tadika Kembara Bijak pun bermula! Alhamdulillah. Allah jua yang Maha Menghidupkan. 11 Januari 2020 - Cikgu Ana cuba tanam dulu dekat rumah. 11 Januari 2020, kiri. 30 Januari 2020, kanan. Apabila dah berjaya...