10 Kelebihan Bermain Dengan 'Loose Parts' Bagi Anak Kecil




Kredit foto : Loose Parts


Masih ingatkah betapa seronoknya dahulu kita dapat bermain di sekeliling rumah tanpa gajet?

Ranting kayu diolah menjadi dapur masakan. Periuk lama emak di dapur habis diangkut. Kayu disusun menjadi khemah, ditutup dengan daun pisang.

Berbeza sungguh dengan zaman ini. Masing-masing sibuk memegang objek empat segi di tangan. Kalaupun tidak milik sendiri, telefon lama milik kita pastinya diberikan sebagai pinjaman! Bukan nak sebut anak orang lain, anak sendiri pun begitulah realitinya.

Cuma beza antara setiap yang memberikan gajet kepada anak, adakah mereka mengawal dan memberikan had masa, atau anak yang mengawal mereka?

Membaca dari buku Ada Apa Dengan Bermain tulisan Dr. Putri buat entah ke berapa kalinya, mata terberhenti kepada 'loose part play'.

Lantas jari jemari laju menaip di gugel, maka terhidanglah pelbagai idea tentang 'loose part play'.

Seorang arkitek bernama Simon Nicholson telah membangunkan Theory of Loose Parts pada tahun 1970-an. Beliau percaya semua anak adalah kreatif dan inovatif dan ianya perlu diperkasakan. 'Loose' part ini adalah material yang boleh diubah, diangkat, digabung, disusun, diasingkan dan dipasangkan kembali dalam pelbagai cara.

Antara contoh 'loose part'.

1. Batu
2. Ranting kayu
3. Butang
4. Kulit Kerang
5. Penyedut minuman
6. Kayu Aiskrim
7. Kunci
8. Jubin
9. Wayar
10. Penutup botol
11. Tayar
12. Lidi
13. 'Shower rings'
14. Bunga dan daun (asli atau plastik)
15. Tin
16. Bekas makanan
17. Botol kosong
18. Penutup pen marker
19. Bekas minuman
20. Gabus
21. Kertas pembalut hadiah
22. Bekas telur
23. Kotak

dan banyak lagi yang ada di dalam serta luar rumah.

Utamakan keselamatan dan berikan 'loose part' yang bersesuaian dengan usia anak.

Antara salah satu peraturan bagi orang dewasa, jangan masuk campur atau ianya akan gagal.

Cabar anak dengan soalan untuk mereka mempertahankan rekaan yang dibuat. Ini membantu anak berfikir. Namun jangan sesekali mengarahkan mereka membuat itu ini. Imaginasi kita sebagai dewasa adakalanya terhad dengan logik. Bagi anak kecil, tiada apa yang mustahil!

10 KELEBIHAN BERMAIN 'LOOSE PARTS'

1. Memberi peluang untuk anak menerokai kreativiti dan inovasi mereka
2. Menggalakkan anak untuk merekabentuk, merancang dan membina
3. Anak boleh menggunakan material dengan pelbagai cara tanpa perlu mengikut arahan
4. Melatih penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal
5. Menggalakkan anak untuk menambahkan inovasi kepada rekaan orang lain
6. Menggalakkan pembelajaran secara berdikari dan kolaberasi
7. Menanamkan 'growth mindset'
8. Mewujudkan interaksi sosial bersama rakan sebaya ketika bermain
9. Memberikan peluang untuk pembelajaran matematik secara seronok
10. Melatihan kemahiran motor halus


Kredit foto : Loose Parts


Untuk guru dan ibu bapa, ketika menggalakkan anak bermain 'loose parts', kita akan mendapat lebih banyak maklumat tentang gaya pembelajaran individu dan kumpulan. Ini akan memudahkan kita untuk membantu anak menyerlahkan potensi mereka.

Salah satu cabaran dalam 'loose part' ini adalah ianya boleh menjadi satu bencana alam apabila mereka selesai bermain.

Peranan kita sebagai orang dewasa adalah dalam menerapkan disiplin sebelum dan selepas bermain. Jangan nanti lepas bermain semuanya ditinggalkan bersepah dan akhirnya emak menjadi singa jadian :D

Sudah dapat idea?

Jika risau semuanya tidak terkawal setelah selesai bermain, mulakan dengan membuat projek secara bertema. Jangan keluarkan semua 'loose parts' yang ada. Bahagi-bahagikan dan boleh minta anak pilih mahu tema yang mana dulu. Biarkan anak ternanti-nanti projek seterusnya. Letakkan syarat mengemas sebagai agenda no 1 sekiranya mahu bermain seterusnya.


Kredit foto : Tema Seni



Kredit foto : Tema Sensori


Kredit foto : Tema Hutan

Kredit foto : Tema Outdoor

Begitulah, jadilah guru dan ibu ayah yang bijaksana :D

Selamat mencuba!

***

Tinggal 8 kekosongan untuk anak lahir 2017. Daftar hari ini untuk tawaran rebat istimewa dan sepasang pakaian seragam percuma!




Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah