Posts

Showing posts from December, 2021

Adab dengan guru yang semakin dilupakan

Image
                           Adab dengan guru yang semakin dilupakan Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maksud peribahasa ini adalah seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Namun seringkali kita melihat kisah-kisah duka seperti pelajar melawan cakap gurunya, guru dikhianati pelajar dek kerana dendam dan masalah akhlak yang agak merunsingkan di dada-dada akhbar dan media sosial. Ramai orang berilmu tetapi mereka tidak mementingkan adab sebagai penuntut ilmu. Walaupun begitu, jarang sekali guru berputus asa dalam memberi didikan terbaik kepada anak bangsa. Islam mengajar kita supaya menghormati guru sepertimana kita menghormati ibu bapa kerana guru umpama pengganti kedua orang tua kita ketika di sekolah ataupun di tempat-tempat menuntut ilmu. Ini kerana ilmu yang dituntut dengan adab yang dipelihara adalah ilmu yang di dalamnya penuh dengan keberkatan.   Pesan Imam Malik RA: “pelajarilah adab sebelum

SALAHKAH CARA SAYA?

Image
Segelintir ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Mendiamkan kesalahan anak bukan bermaksud cara seorang ibu menyayangi namun sikap ini sedikit sebanyak mendidik anak untuk menanam rasa ego kerana tidak pernah melakukan kesalahan. Walaupun anak masih kecil, adalah tanggungjawab ibu bapa dan guru melatih anak mengenalpasti kesalahan, mengakui kesalahan anak meminta maaf di atas kesalahan. Ia bukanlah hukuman sebaliknya pengajaran dalam membentuk personaliti positif dalam diri mereka sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Situasi yang menjadikan anak tidak dapat memilih mana yang betul dan salah ialah: Tidak Pernah Bersalah  Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata, “Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi ni… su

KEPENTINGAN VITAMIN C TERHADAP KANAK-KANAK

Image
  KEPENTINGAN   VITAMIN C TERHADAP KANAK-KANAK Apakah itu vitamin C? Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C: ·          Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi. ·          Sayur-sayuran: brokoli dan tomato. ** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C     Kepentingan vitamin C Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot

APA ITU OCD?

Image
  Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah sejenis gangguan kecemasan. Obsesi adalah pemikiran yang berulang. Paksaan adalah tingkah laku yang berulang. Seorang kanak-kanak dengan OCD mempunyai pemikiran obsesif yang tidak diingini. Mereka dikaitkan dengan ketakutan seperti menyentuh objek kotor. Dia menggunakan perilaku kompulsif untuk mengawal ketakutan dengan cara mencuci tangan secara berlebihan. Apabila kanak-kanak membesar, tingkah laku dan pemikiran obsesif biasanya berlaku seiring dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak prasekolah sering mempunyai aktiviti dan rutin semasa makan, mandi, dan waktu tidur. Ini membantu menstabilkan jangkaan dan pandangan mereka terhadap dunia mereka. Kanak-kanak di bangku sekolah rendah sering membuat aktiviti secara berkumpulan semasa mereka belajar bermain permainan, mengambil bahagian dalam sukan berpasukan dan membaca sajak. Individu remaja pula mula mengumpul objek dan mempunyai hobi. Aktiviti ini membantu kanak-kanak untuk b
Image
  5 Manfaat Permainan Puzzle Untuk Kanak-kanak   Jigsaw Puzzle atau permainan susun suai gambar merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak anak anda. Oleh itu, segera kenalkan kanak-kanak dengan permainan susun suai gambar dan ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaatnya. Berikut adalah 5 manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak.   1.      1.      Merangsang kemahiran kognitif.   Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal semasa mereka bermain puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat malah dapat meningkatkan kemahiran analisis