SALAHKAH CARA SAYA?
Segelintir ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Mendiamkan kesalahan anak bukan bermaksud cara seorang ibu menyayangi namun sikap ini sedikit sebanyak mendidik anak untuk menanam rasa ego kerana tidak pernah melakukan kesalahan.
Walaupun anak masih kecil, adalah tanggungjawab ibu bapa dan guru melatih anak mengenalpasti kesalahan, mengakui kesalahan anak meminta maaf di atas kesalahan. Ia bukanlah hukuman sebaliknya pengajaran dalam membentuk personaliti positif dalam diri mereka sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Situasi yang menjadikan anak
tidak dapat memilih mana yang betul dan salah ialah:
Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
“Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi
ni… sudah cup …. cup … diam ye. Sambil memeluk anak.
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda
yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak
pernah bersalah. Salah tersebut telah dijatuhkan pada orang atau benda lain.
Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi
perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya
selalu betul.Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima
hukuman.Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah
mula melawan kepada kita.
Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil
kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan
melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab
atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa
sakit):
“Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali
hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. “
Berbohong pada
anak
Gracia Ivonika, M.Psi., seorang psikologis menjelaskan, jika ditanya bolehkah
orangtua membohongi anaknya, sudah pasti jawabannya tidak. Kebohongan orang tua
kepada anak dapat memiliki dampak jangka panjang yang mungkin tidak anda
sadari.
Jika ibu bapa sering berbohong, nantinya mereka akan terbiasa untuk mencari jalan pintas dengan berbohong. Contoh kebohongan kecil yang ibu bapa sering leka ialah,
“Hari ini mama janji mama datang ambil kamu
pulang dari sekolah jam 2 petang ya”,
Anak berpegang pada janji, akhirnya anak tunggu
sehinggalah jam 5 petang baru ibunya datang. Disini jelas menampakkan anak
sukar meletakkan kepercayaan pada ibunya lagi.
Membalas keburukan dengan keburukan.
Kita menganggap ianya mudah dan tidak penting,
akan tetapi situasi ini dalam diam melatih anak menjadi pembuli dari kecil.
Contoh situasi:
“jika ada yang membuli kamu, kamu balas balik
apa yang dia buat”,
Ibu bapa mana yang ingin lihat anaknya dibuli
tetapi niat tidak menghalalkan cara. Sebaliknya nyatakan pada anak jika dia
dibuli teruskan laporkan pada guru atau menyelematkan diri terlebih dahulu
sebelum berjumpa guru. Sedangkan Rasulullah juga mengajar kita supaya sentiasa
bersikap baik walaupunn dicerca kerana sikap itulah Rasulullah membuka banyak
mata tentang kebaikkan Islam. Justeru, tidak salah melatih dari kecil untuk
anak-anak mengambil langkah yang lebih bijak apabila diganggu.
Guru terus diam.
Tugas mendidik juga jatuh pada bahu seorang guru, bukan setakat mendidik akademik namun didikan sahsiah juga meletakkan guru sebagai role model. Sikap anak-anak kadang bukan sahaja dilihat dari ibu bapa tetapi guru. Sebagai seorang professional, guru perlu meletakkan diri sebagai ibu bapa kedua kepada murid dengan memberi teguran kepada murid jika mereka melakukan kesalahan. Guru seharusnya buang tentang prinsip ibarat mencurah air ke daun keladi dalam pendidikan.
Mungkin dilihat seperti diabaikan tetapi
kebanyakkan murid lebih percaya dan terkesan dengan nasihat guru. Tidak salah
menyatakan hal sebenar pada ibu bapa tentang kekurangan anak mereka kerana
dengan perbincangan antara ibu bapa dan guru itulah akan menjadi salah satu
langkah membantu anak menjadi lebih baik. Tidak perlu menghukum cukup sekadar
mendisiplinkan mereka.
Comments
Post a Comment