KEPENTINGAN VITAMIN C TERHADAP KANAK-KANAK

 

KEPENTINGAN  VITAMIN C TERHADAP KANAK-KANAK


Apakah itu vitamin C?

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

·         Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.

·         Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.



** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C

 

 

Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.


Dos harian vitamin C (Malaysia)

Kumpulan

Umur

Keperluan Harian (mg/hari)

Bayi

0-5 bulan

25 mg

6-11 bulan

30 mg

Kanak-kanak

1-6 tahun

30 mg

7-9 tahun

35 mg

Remaja

10-18 tahun

65 mg

Dewasa

70 mg

Wanita mengandung

80 mg

Wanita menyusu

85 mg


Faedah Kesihatan

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

o    Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.

o    Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.

o    Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

 

Kesan sampingan

Secara umumnya, vitamin C adalah SELAMAT diambil dalam dos yang disyorkan.

Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa pangjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).


Kumpulan

Umur

Dos Maksima (mg/hari)

Bayi

Tidak dapat ditentukan; sumber sepatutnya daripada susu dan makanan sahaja.

Kanak-kanak

1-3 tahun

400 mg

4-8 tahun

650 mg

9-13 tahun

1200 mg

Remaja

14-18 tahun

1800 mg

Dewasa

> 19 tahun

2000 mg

Wanita mengandung dan menyusu

14-18 tahun

1800 mg

> 19 tahun

2000 mg

Perhatian

Bagi pesakit dengan penyakit darah seperti:

a.        Kekurangan Glukosa 6-fosfat dehidrogenase (G6PDH); Dos vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan hemolisis (kemusnahan sel darah merah).

b.    Hemochromatosis (keadaan yang menyebabkan badan menyimpan terlalu banyak zat besi); Dos vitamin C yang tinggi boleh memburukkan lagi pengumpulan zat besi (rujuk interaksi).

Interaksi

Vitamin C boleh:

a.             Mengurangkan keberkesanan ubat untuk rawatan kanser, HIV / AIDS dan ubat bagi menurunkan paras kolesterol.

b.    Meningkatkan penyerapan zat besi. Bagi pesakit yang memerlukan suplemen kesihatan zat besi (contohnya: wanita hamil), ia adalah disyorkan bahawa suplemen kesihatan zat besi diambil bersama-sama dengan vitamin C.

 

Nasihat kepada pengguna

1.     Makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah sumber vitamin C yang terbaik.

2.     Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi.

3.     JANGAN mengambil vitamin C tambahan jika anda mempunyai:

o    masalah batu karang yang berulang

o    penyakit buah pinggang atau menjalani hemodialisis kronik

o    penyakit darah (kekurangan G6PDH dan hemochromatosis)

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah