5 Manfaat Permainan Puzzle Untuk Kanak-kanak


 


Jigsaw Puzzle atau permainan susun suai gambar merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak anak anda. Oleh itu, segera kenalkan kanak-kanak dengan permainan susun suai gambar dan ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manfaatnya. Berikut adalah 5 manfaat permainan puzzle untuk kanak-kanak.

 

1.    1.    Merangsang kemahiran kognitif. 



Puzzle direka dengan pelbagai tema dan topik seperti abjad, nombor, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Kanak-kanak seharusnya dapat memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir dengan lebih kritikal semasa mereka bermain puzzle. Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak memahami hubungan antara idea-idea, memahami proses sebab dan akibat malah dapat meningkatkan kemahiran analisis mereka.


2.     2. Perkembangan motor halus.



Ketika bermain puzzle, kanak-kanak akan terdorong untuk memicit, menggenggam, mengasing serta berusaha memuatkan kepingan puzzle dalam slot yang sesuai. Kemahiran motor halus yang melibatkan penggunaan otot yang mengawal tangan, jari dan ibu jari ini adalah sangat penting bagi kanak-kanak supaya dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis dan makan.


3.    3. Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.


Proses ‘trial and error’ yang terlibat ketika menyiapkan puzzle melibatkan banyak manipulasi tangan dan mata. Koordinasi tangan dan mata (hand-eye coordination) adalah keupayaan untuk mengesan pergerakan tangan dengan mata, dan membolehkan mata untuk menghantar isyarat penting kepada otak mengenai pergerakan tangan tersebut. Koordinasi tangan dan mata yang lemah dapat mempengaruhi aktiviti seperti menulis.

 

4.   4. Penyelesaian masalah.



Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, kanak-kanak akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

5.    5.   Kemahiran sosial

 


Apabila puzzle cuba disiapkan beramai-ramai, kanak-kanak akan berbincang di mana harus diletakkan kepingan puzzle, giliran siapa serta saling berkongsi kegembiraan bilamana puzzle dapat disiapkan. Permainan ini adalah antara alat pembelajaran yang hebat dan dapat merangsang aktiviti bekerjasama dan mengasah kemahiran bersosial.

 

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah