Posts

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 7 AKHIR (23.7.2025)

@kembarabijak Berakhir tema matahari Kembara Alam hari ini. Pembentukan Karakter : Apa yang kita boleh belajar daripada MATAHARI Matahari tetap bersinar tanpa memilih siap yang hendak diterangi. “Matahari ada pilih ke nak bersinar dekat Ainul je atau Affan je?“ "Tak.." "Jadi boleh ke kita pilih nak kawan dengan seorang je?" “Tak boleh, kena kawan dengan semua orang..." Matahari rajin tak? "Rajin"... 3. Ada tak matahari merajuk tak nak bersinar? "Tak ada..." "Jadi kita kena ikut contoh matahari.." "Rajin pi sekolah, tak suka merajuk!“ (Anak-anak perempuan selalu asyik merajuk tak nak kawan 😂) Masa untuk mencari objek tafakur seterusnya. Banyak cikgu yang belajar bagaimana nak memperkenalkan Pencipta kepada anak-anak melalui ciptaan-Nya. Kadang-kadang rasa macam, faham ke tak anak-anak ni. Tapi apa pun, Allah yang beri faham kan? Bagaimana nak galakkan anak-anak ini berfikir sendiri bukan hanya dihidangkan atau disumbat deng...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 6 (16.7.2025)

@kembarabijak KEMBARA ALAM : MATAHARI Masih lagi dalam topik matahari. Minggu lepas dah buat pengenalan pencipta matahari. Hujan renyai-renyai, jadi kita mengembara dari laman tadika sahaja. Warna bunga tak berapa meriah, kita guna warna kunyit, kopi dan koko. Kali ni kita ulang lagi soalan-soalan untuk step QUESTION dan kita CONNECT dengan pencipta matahari, Allah Al Aleem & Allah Ar Rahman. Kita masuk sikit ke step APPRECIATE. Minggu depan insya-Allah kita akan ke step APPRECIATE dan cuba masukkan sedikit character building. Semoga apabila anak-anak melihat lampu, terlintas lampu ni ciptaan manusia, tetapi Allah cipta matahari yang lebih besar dan bercahaya. Memperkenalkan pencipta melalui ciptaan-Nya. Lihat sendiri, saksikan, percaya lagi yakin. #tadikakembarabijak #selamatdatangketadikakembarabijak #5dthinkingkids ♬ you are my sunshine - christina perri

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 5 (9.7.2025)

@kembarabijak Kembara Alam dan Pendidikan Islam 6 Santun Setiap Isnin dan Rabu semua tak sabar. Mesti tanya cikgu hari ni kita senaman ke, hari ni kita ke taman ke? Alhamdulillah semua alert dengan apa yang berlaku, tahu hari apa hari ini. Apa lagi seronok dapat pertanyaan, "Cikgu, esok kita nak buat apa?“ Hari ini baru nak mula dah tanya hari esok ya anak-anak 😊 Hari ni kami melihat bagaimana Bumi mengeliling i Matahari melalui klip video. Cikgu Ana tunjukkan contoh bumi (globe) dan lampu suluh menjadi matahari. Kami belajar bagaimana siang dan malam terjadi. Sungguh hebat putaran bumi dan planet, berputar pada paksi dan beredar mengelilingi matahari tanpa berlanggar sesama sendiri. Setelah melihat klip video, kami ke taman untuk membuat simulasi putaran bumi dan peredaran. Pening rupa-rupanya kalau berputar. Tapi kenapa kita yang duduk di bumi tak terasa kan? Selepas selesai simulasi, kami main sebentar di taman. Alhamdulillah, seronok walaupun hanya seketika. Berpeluh selur...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 4 (2.7.2025)

@kembarabijak Kembara Alam Kali ini masih dalam fasa Compare dan Question. Anak-anak 6 Santun sudah boleh mula menyatakan beza antara lampu vs matahari. Mereka melihat proses pembuatan mentol lampu yang rumit dan panjang prosesnya. Apabila mereka tahu lampu juga ada pencipta, ada bahan dan alatannya, bagaimana pula dengan matahari yang mempu bersinar semesta alam? Adakah ianya terjadi sendiri tanpa ada pencipta? #tadikapilihandijitra #wassap0177784681 #bestausekolahkami #5dthinkingkids #bestausekolahkami #selamatdatangketadikakembarabijak ♬ Menghirup Udara Pegunungan - Multifruits

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 3 (25.6.2025)

Image
@kembarabijak KEMBARA ALAM & PENDIDIKAN ISLAM 6 SANTUN Hari ini kami sambung Kembara Alam tapi kami mulakan di tadika dulu menonton klip video matahari. Kami bergilir melihat lampu suluh. Ada mentol kecil di dalamnya yang mengeluarkan cahaya apabila ditekan suisnya. Apa YANG SAMA antara matahari dan mentol. Apa pula yang berbeza? Murid-murid dilatih untuk berfikir. Selepas itu kami bergegas keluar mengira lampu di jalan dan rumah. Balik nanti ada tugasan kira lampu di rumah pula ya. Selepas itu, Teacher Afiqah sambung dengan slot Pendidikan Islam. Kami belajar sifat nabi tabligh iaitu menyampaikan. Bagaimana nak sampaikan? Ajak kawan-kawan buat kebaikan. Teacher ajar kami selawat 10x. Kami belajar guna jari pun boleh nak kira 10x. Nanti sampaikan kepada keluarga pula ya cara guna jari nak kira selawat. Penutup, Teacher Afiqah beri tugasan setiap pagi 10x selawat. Semoga menjadi ingatan dan amalan buat anak-anak dan gurunya juga. Amin! #selamatdatangketadikakembarab...

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 2 (18.6.2025)

SUNCATCHER @kembarabijak Kembara Alam Masih dalam topik matahari. Suncatcher. Minggu depan bawa lampu suluh ya, kita nak bandingkan matahari vs lampu suluh. Apa yang sama, apa yang beza ya? #5dthinkingkids #tadikakembarabijak #tadikapilihandijitra #selamatdatangketadikakembarabijak ♬ suara asli - busbuw

KEMBARA ALAM 5DT : MATAHARI MINGGU 1 (21.5.2025)

Image
KEMBARA ALAM 6 SANTUN: MATAHARI 5DT LANGKAH 1 : TEROKA (EXPLORE) Hari ini anak-anak 6 Santun memulakan kembara alam dengan satu topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita — Matahari . Kami keluar mencari matahari dan melihat kesan cahayanya pada bumi. Anak-anak begitu teruja apabila mendapati bahawa sinaran matahari mencipta bayang-bayang di sekeliling mereka. Aktiviti kami mudah tetapi menyeronokkan: Menekap bayang-bayang permainan  yang terbentuk di atas kertas. Mewarnakan hasil lakaran dengan penuh kreatif dan imaginasi. @kembarabijak Kembara Alam 6 Santun Hari ini kami mencari matahari dan bayang-bayang. Kami menekap sekeliling bayang-banyak dan seterusnya kami warnakan dengan penuh kreatif. Apabila kita merenung matahari, apa yang kita nampak dan rasai? Antara bulan dan matahari, mana yang lagi besar? Malam ada matahari? Antara persoalan yang bakal ditanyakan pada sesi akan datang. Latih anak berfikir dan cari jawapannya. Dari situ, percaya akan bertukar m...