Posts

Showing posts from June, 2021

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

Image
  PDPR atau Pembelajaran Di Rumah merupakan kaedah pembelajaran norma baharu yang kini diaplikasikan dalam kalngan masyarakat kini bukan sahaja disesetengah negeri tetapi secara keseluruhan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, peningkatan kes jangkitan CoronaVirus dalam kalangan masyarakat Malaysia mencapai penularan yang tidak dan mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami kekangan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari rumah.             PDPR atau konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian yang menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom ataupun WhatsApp Video. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran secara moden dan boleh mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara salah satu kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan pembelajaran secara atas talian dan baru. Hal ini juga dapat membant

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI

Image
Sudah menjadi sifat semula jadi manusia yang suka akan kata-kata penghargaan mahupun pujian. Kanak-kanak juga tidak terkuecuali daripada melakukan sesuatu bagi meraih pujian lebih-lebih lagi daripada kedua ibu bapa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pujian bermaksud pernyataan memuji dan kata-kata untuk memuji. KaTa-kata pujian ynag sering diberikan kepada kanak-kanak mampu membentuk jati diri dan juga tingkah laku yang positif. Selain itu, kata-kata pujian ialah kaedah yang paling mudah dan senang untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ibu bapa dan guru haruslah bijak mengambil kesempatan dalam situasi tertentu agar kanak-kanak berasa percaya diri dan mahu melakukan yang terbaik pada setiap masa. Berikut adalah 5 situasi pujian yang dapat diberikan kepada kanak-kanak. Antara kata pujian kepada kanak-kanak ialah memuji mereka ketika mereka makan. Ibu bapa dan guru haruslah menunjukkan ekspresi kagum dan bangga terhadap cara dan adab kanak-kanak ketika mereka sedang makan. Etika ma

SERONOKNYA KELAS KREATIVITI! JOM KITA LIHAT AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH TUAN MUDA DAN CIK PUAN MUDA TADIKA KEMBARA BIJAK

Image
1. Aktiviti kreativiti ini ialah membina model bilik darjah secara 3D menggunakan kertas A4 yang berwarna. Dalam aktiviti ini, tuan muda dan cik puan diminta melipat, menggunting, menampal dan mewarna model tersebut. Tuan muda dan cik puan muda juga mewarna dan menggunting peralatan yang berada di dalam bilik darjah serta menampalkannya pada kertas tersebut. 2. Gol! Dalam aktiviti ini, tuan muda dan cik puan muda diminta untuk membina padang bola menggunakan kertas. Mereka dikehendaki untuk membuat tiang gol, menggunting kertas bagi membentuk pemain bola sepak serta menggulung kertas untuk dijadikan sebagai bola sepak. Kemahiran motor halus dapat ditingkatkan dalam aktiviti ini kerana mereka harus menggunakan pergerakan tangan untuk menggunting, menampal dan menggulung kertas. 3. Moo! Wah, sungguh kreatif cik puan muda menghiaskan belon seperti corak seekor lembu. Cik puan muda dan tuan muda diminta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghias belon bagi menghasilkan cor

Memupuk Kesedaran Tentang Isu Palestin kepada Anak-Anak: 3 Aktiviti Kreativiti ini Boleh Dilakukan Bersama Anak-Anak

Image
Dewasa ini, isu tentang negara Palestin semakin menjadi buah mulut ramai orang termasuklah Malaysia. Umum mengetahui tentang kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, isu berat seperti pertumpahan darah, pengeboman dan kes-kes kematian tidak bersesuaian untuk diceritakan kepada anak-anak yang masih kecil. Sebaliknya, guru dan ibu bapa semestinya bijak mencari jalan untuk menyampaikan cerita-cerita dan kesedaran tentang negara Palestin. Sebagai contoh, guru dan ibu bapa boleh menceritakan tentang kecantikan dan keindahan negara kelahiran para rasul ini. Selain itu, guru serta ibu bapa juga boleh menceritakan tentang tanaman kesukaan kanak-kanak seperti buah strawberi yang tumbuh dengan subur di negara itu dan gaya hidup rakyat di sana. Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti kreativiti bagi memupuk kesedaran tentang negara Palestin. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah melukis dan mewarna bendera Palestin. Aktiviti ini bagus untuk anak-an