Memupuk Kesedaran Tentang Isu Palestin kepada Anak-Anak: 3 Aktiviti Kreativiti ini Boleh Dilakukan Bersama Anak-Anak

Dewasa ini, isu tentang negara Palestin semakin menjadi buah mulut ramai orang termasuklah Malaysia. Umum mengetahui tentang kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, isu berat seperti pertumpahan darah, pengeboman dan kes-kes kematian tidak bersesuaian untuk diceritakan kepada anak-anak yang masih kecil. Sebaliknya, guru dan ibu bapa semestinya bijak mencari jalan untuk menyampaikan cerita-cerita dan kesedaran tentang negara Palestin. Sebagai contoh, guru dan ibu bapa boleh menceritakan tentang kecantikan dan keindahan negara kelahiran para rasul ini. Selain itu, guru serta ibu bapa juga boleh menceritakan tentang tanaman kesukaan kanak-kanak seperti buah strawberi yang tumbuh dengan subur di negara itu dan gaya hidup rakyat di sana. Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti kreativiti bagi memupuk kesedaran tentang negara Palestin.
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah melukis dan mewarna bendera Palestin. Aktiviti ini bagus untuk anak-anak mengenal bendera Palestin. Selain itu, anak-anak juga dapat memantapkan kemahiran motor halus dan cara memegang pensel warna dengan betul.
Selain itu, aktiviti membina prototaip Masjid Al-Aqsa. Aktiviti ini sangat menarik dan sesuai dilakukan terutamanya jika ibu dan bapa yang mempunyai masa terluang di rumah. Ibu dan bapa boleh membina prototaip, manakala anak-anak boleh ditugaskan untuk menggunting dan menampal bahan prototaip tersebut.
Akhir sekali, aktiviti Tabung Gaza. Dalam aktiviti ini, ibu dan bapa boleh meminta anak-anak menyiapkan tabung untuk bantuan ke Gaza. Ibu dan bapa juga boleh menolong anak-anak menyiapkan tabung. Setelah siap, anak-anak dan ibu bapa boleh memasukkan berapa jua nilai wang ke dalam tabung dan boleh disimpan serta disalurkan sebagai sumbangan kepada rakyat Gaza menerusi badan-badan NGO. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI