Posts

Showing posts from July, 2023

KESAN NEGATIF TELEVISYEN TERHADAP KANAK-KANAK

Image
  Pada zaman moden kini, ramai ibu bapa mengalami kekangan masa untuk bersama anak-anak dek kerena tuntutan pekerjaan dan sebagainya. Justeru, sesetengah ibu bapa yang menitik beratkan hubungan dan masa dengan anak-anak akan mencuba edaya upaya meluangkan masa dengan anak mereka walaupun dengan hanya menonton televisyen. Anak juga akan berasa lebih dekat, boleh berkomunikasi dan rasa disayangi oleh ibu bapa mereka. Apabila di depan televisyen pelbagai jenis tayangan dapat disaksikan seperti lucu, aksi, romantik dan pendidikan. Namun begitu, ibu bapa juga terlepas sesuatu yang penting ketika menonton bersama anak-anak iaitu memilih rancangan yang sesuai disaksikan oleh keluarga. Kadangkala tanpa kita sedar ada sesetengah rancangan yang memaparkan aksi ganas, lucah, dan menakutkan. Sifat anak-anak hanya meniru tanpa mengetahui ianya betul atau salah  Kadang-kadang mereka meniru aksi tersebut dan hanya ditertawakan oleh ibu bapa tanpa membenarkan aksi tersebut boleh dilakukan atau tidak