Posts

Showing posts from March, 2020

Siri 1 Cilik Bijak Tani : Bayam Brazil

Image
Bertani. Bukan semua orang mempunyai minat bertani. Cikgu Ana sendiri, memang dari kecil tiada pendedahan menanam, jadi sampai besar pun minat itu tidak muncul tiba. Masa kecil hanya ada memori emak menanam cili dalam pasu dan pokok bunga kertas. Sehinggalah suatu hari rakan pengusaha Tadika Teguh Bestari Manjung berkongsi tanaman Bayam Brazil yang dibuat oleh anak-anak di tadika semasa cuti sekolah. Katanya mudah sahaja. Cucuk dan siram, insya-Allah boleh hidup. Bayam Brazil di Tadika Tegus Bestari Manjung. Gebu kan? Siapa tak geram :D Bermulalah Cikgu Ana cuba mencari keratan batang Bayam Brazil dan cuba dahulu tanam di rumah. Apabila terbukti mudah ditanam oleh seseorang yang memang tak ada pengalaman menanam, keberanian untuk mencuba projek tanaman di Tadika Kembara Bijak pun bermula! Alhamdulillah. Allah jua yang Maha Menghidupkan. 11 Januari 2020 - Cikgu Ana cuba tanam dulu dekat rumah. 11 Januari 2020, kiri. 30 Januari 2020, kanan. Apabila dah berjaya