Posts

Showing posts from December, 2020

Cef Cilik : Resipi Nugget Homemade

Image
Kembara Cuti Sekolah kali ini membawakan 4 menu untuk 4 minggu. Minggu pertama : Tauhu Begedil Minggu kedua : Kek Cawan Coklat Minggu ketiga : Aiskrim Malaysia Oreo & Cokicoki Minggu keempat : Nugget Homemade Slot kali ini dikendalikan oleh Master Chef Cikgu Maziah. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan :        Isi dada ayam dipotong kecil 2 biji telur 5 ulas bawang putih 2 biji bawang merah Serbuk lada hitam & putih (secukup rasa) 3 sudu makan tepung ubi kayu Garam dan perasa (1 kiub ayam jika suka)  Lobak merah dipotong halus Daun sup  Sedikit mentega (untuk disapu pada loyang sebelum dikukus) Salutan : Tepung gandum 1 sudu makan Tepung beras 1 sudu makan Telur Serbuk roti Cara-caranya : 1. Kisar bahan-bahan sehingga halus. Kami gunakan pengisar biasa sahaja. 2. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuangkan bahan telah dikisar tadi. 3. Kukus selama 30 minit. 4. Keluarkan 'kek nugget' dan potong mengikut saiz yang diingini. 5. Campurkan semua bahan