Posts

Showing posts from February, 2023

MANFAAT BERMAIN PLAYDOH

Image
                                        1.   Meningkatkan Kreativiti  dan imaginasi pada peringkat awal kanak-kanak. Menurut National Association for the Education of Young Children, kanak-kanak yang bermain playdough akan mengajarkannya berpikir simbolis. Dalam  hal ini kanak- kanak akan belajar mengenal bentuk-bentuk baru sesuatu dengan yang telah dibuatnya.  Usia 3 tahun kanak-kanak sudah mulai pandai untuk berimaginasi. Oleh itu, ibu bapa perlu membiarkan kanak-kanak bermain playdoh. Rangsangkan minda mereka untuk membuat aneka bentuk supaya  mereka mahir untuk melakukan sesuatu. Selain dari mencipta pelbagai jenis bentuk seperti membina huruf mengikut kad imbas yang diberi.     Imaginasi kanak-kanak sangat tinggi. Kanak-kanak boleh membentukkan Play doh dengan satu bentuk tetapi dengan pelbagai rupa. 2. Tingkatkan Sensori Motor kanak-kanak. Dengan bermain play doh, ia boleh meningkatkan Sensori Motor anak-anak dengan sentuhan.Di samping tu, boleh kuatkan otot anak-anak ni bila dia

KEPENTINGAN AKTIVITI RIADAH BERSAMA KELUARGA

Image
  Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh setiap anggota keluarga pada waktu lapang mereka. Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan. Antaranya termasuklah bersukan, bergotong royong dan banyak lagi. Namun jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota keluarga. Hal ini demikian kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana aktiviti riadah sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Sekiranya aktiviti ini tidak dilaksanakan kita tidak akan dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehi itu dalam kehidupan seharian kita. Persoalannya, apakah kebaikan aktiviti riadah bersama keluarga? Antara kebaikan aktiviti riadah bersama keluarga ialah hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah. Hal ini demikian kerana apabila aktiviti ini dilakukan, semua anggota keluarga akan berkumpul pada satu tempat. Sebagai misalnya, melalui

CIRI-CIRI MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Image
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku. ·           Kognitif Murid – murid   yang   bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Hal ini boleh mengakibatkan murid menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. ·          Akademik Ia berlaku di kalangan murid masalah pembelajaran iaitu membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai murid masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia. Selain membaca, ia juga menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Murid yang lemah da

ANAK SAYA KIDAL

Image
  Statistik menunjukkan bahawa 9 daripada 10 individu di dunia ini mempunyai tangan kanan yang dominan. Hanya 1 daripada individu itu yang mempunyai tangan kiri yang dominan atau kidal. Sekiranya anda atau pasangan sendiri adalah kidal, anak anda juga lebih berpotensi untuk lahir dengan tangan kiri yang dominan Menurut kajian, ibu bapa mungkin sudah boleh mengesan sama ada anak mereka kidal atau tidak ketika mereka berusia sekitar 2 – 3 tahun atau lebih awal lagi. Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bereksperimen dengan kedua-dua tangan mereka. Letakkan mainan di hadapan mereka dan lihat tangan mana yang kerap digunakan untuk mencapainya. Namun begitu, ini hanyalah sebagai pemerhatian yang kasar dan segalanya akan terjawab apabila mereka mencecah usia 4 tahun kelak. Kidal adalah apabila seseorang terbiasa menggunakan  tangan kiri  untuk melakukan aktiviti, seperti menulis, makan, atau melakukan kerja yang berat.  Kira-kira  10% individu  di atas Bumi ini adalah kidal. Fenomena

KEPENTINGAN COKLAT KEPADA KANAK-KANAK

Image
  Coklat dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan hampir setiap kanak-kanak menggemari coklat. Namun, pemberian coklat kepada kanak-kanak sering disekat dan sesetengah ibu bapa memandang coklat sebagai suatu jenis makanan yang perlu dielakkan untuk diberi kepada si kecil. Antara penyebab ibu bapa tidak menggalakkan anak makan coklat adalah kerana khuatir gigi anak rosak dan takut anak menjadi gemok. Di sebalik keburukan coklat, mungkin tidak ramai ibu bapa yang tahu bahawa kandungan di dalam coklat itu juga mengandungi khasiat untuk tumbesaran kanak-kanak. Cuma, pemberian sedikit coklat sekali-sekala kepada kanak-kanak tidaklah memudaratkan seperti yang selama ini dimomokkan kepada ibu bapa. Malahan, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat dari segi kesihatan.   Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa coklat yang dihasilkan daripada koko ini memberikan manfaat dari segi kesihatan. Coklat meng
Image
  Kepentingan Fizikal Dan Estetika Kepada Kanak-Kanak Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid. Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik. Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan pelajaran buat seketika dan mampu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar. Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya dengan menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan lebih membara. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh m