Posts

Showing posts from October, 2020

3 Skrip Bercakap Dengan Anak Supaya Anak Rasa Difahami

Image
Menurut Hattersal (1985) dan Mudjiran.ddk (2007) menyatakan bahawa emosi adalah psikologi yang merupakan pemgalaman subjektif (perasaan) yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh. Kanak-kanak merupakan golongan yang turut sama mengalami beberapa fasa perasaan seperti orang dewasa seperti fasa perasaan sedih, kecewa dan marah. Kecenderungan kanak-kanak ketika mengalami fasa ini lebih kepada ingin meluahkan dan meminta akan didengari dan difahami beserta menunjukkan perasaan empati (memahami) oleh ibu bapa mahupun guru. Menurut Rosmaria Mohd Sahat dalam buku beliau yang bertajuk “Say It Right” menyatakan yang anak-anak berkebolehan untuk menilai kualiti emosi yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan guru melalui konsep “seeing is behaving”. Menurut Adele Faber dan Elaine Mazlish, dalam penulisan mereka menyatakan yang setiap apa yang diperkatakan oleh ibu bapa dan guru boleh memberi kesan kepada harga diri kanak-kanak sebagaimana penulis menggambarkan ia seperti “When kids feel right,

4 Tahap Ketagihan Skrin/Gajet & Tanda-tandanya

Image
Terima kasih Puan Adlil Rajiah yang kongsikan info ini. Pagi ini Cikgu Ana sempat dengar perkongsiannya dan salin semula. Moga bermanfaat. 1. NO ADDICTION (TIADA KETAGIHAN) + anak boleh pulangkan gajet apabila diminta tanpa memberontak + anak tidak minta gajet/tv apabila bosan + anak boleh bermain sendiri atau berkumpulan tanpa gajet + apabila anak menangis, ibu bapa tidak perlu gunakan gajet/skrin untuk tenteramkan anak + anak boleh mendahulukan yang perlu, suruh makan/mandi boleh tinggalkan gajet 2. MILD ADDICTION (KETAGIHAN RINGAN) 4 TANDA KETAGIHAN RINGAN SKRIN/GAJET + anak boleh patuh peraturan skrin tetapi apabila diambil semula akan merajuk + anak mula minta gajet di luar waktu yang ditetapkan + apabila minta semula, anak akan melengah-lengahkan + anak suka bersendirian dengan gajet dan tiada gangguan, walaupun kita duduk sebelah dia untuk lihat, anak tidak suka dan akan pergi ke tempat lain 3. MODERATE ADDICTION (KETAGIHAN BIASA) Tahap red flag, kena perlu berjaga-jaga jika su