Posts

Showing posts from September, 2021

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Image
1.         1.  Memperolehi pembelajaran  yang menarik dan lebih berkesan   a.        Guru tadika boleh menggunakan  pendekatan pembelajaran secara bermain boleh memberi kesan yang baik pada kanak-kanak sebagai contoh menggunakan pendekatan  projek dalam pembelajaran. Kanak-kanak boleh menjalankan aktiviti penerokaan yang dapat memberi pengalaman terus yang bermakna dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Selain itu, pendekatan projek ini dapat membantu perkembangan kognitif  kanak-kanak. Sebagai contoh pendekatan projek yang boleh dilakukan projek penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, projek mega dan projek kitar semula.   b.       Pembelajaran di tadika lebih efektif berbanding di rumah disebabkan  faktor persekitaran yang lebih ceria dan mempunyai kawan yang ramai dapat meningkatkan  keyakinan diri. Malah,jika diperhatikan kanak-kanak sudah mempunyai sifat ingin tahu dan akan sering bertanyakan perkara-perkara di sekeliling mereka seperti “mengapa batu boleh tenggelam di dalam
Image
  PUNCA MASALAH MEMBACA Masalah membaca sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak telah menerima pendidikan dan pengajaran di sekolah yang disampaikan oleh guru, terdapat juga kanak-kanak yang masih tidak mampu untuk membaca. Oleh itu, membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam kehidupan dalam seharian kita. Hal ini demikian kerana kanak-kanak perlu membaca untuk memperoleh maklumat tertentu. Selain itu, kanak-kanak perlu menjalani proses pembelajaran di sekolah secara berperingkat. Ini adalah menjadi tugas guru untuk mengesan kelemahan membaca bagi kanak-kanak dan seterusnya menjalankan pemulihan bacaan dengan segera. Pelbagai kaedah dan teknik mengajar bacaan yang boleh digunakan oleh guru mengikut kesusaian dan kebolehan membaca kanak-kanak. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk mengajar kanak-kanak membaca supaya mempunyai kesinambungan pembelajaran di rumah. Marilah kita sama-sama membincangkan punca masalah membac

DULU VS SEKARANG

Image
Arus permodenan dalam Malaysia kini telah mencapai tahap teknologi yang sangat berkembang dalam pelbagai sudut. Kepantasan waktu dari 80-an sehingga tahun 2021 kini menunjukkan banyak perbezaan dalam pelbagai aspek ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Namun begitu, bukan semua kelompok masyarakat mengalami kesan perkembangan yang sama sebagai contoh kelompok masyarakat di kampung dan di bandar. Perbezaan bandar dan luar bandar tidaklah begitu ketara tetapi masih jelas kelihatan daripada beberapa aspek. PENDIDIKAN Pendidikan pada zaman dahulu berteraskan pendidikan di sekolah semata-mata dan tidak mendapatkan sebarang sumber luar sebagai rujukan dalam pendidikan. Guru pada zaman 80-90 an kebanyakkan mempunyai pendidkan Sijil Pelajaran Malaysia sudah mampu melayakkan beliau mendidikan anak-anak. Tiada sebarang cacat cela dalam pendidikan sehingga mampu melahirkan seberapa ramai wajah-wajah berjaya yang kini menjadi tonggak kepada negara. Walaupun sekadar bersekolah menggunakan dinding k
Image
  KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Pernahkah terlintas dalam benak anda, Apakah kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak? dan Apakah yang akan terjadi sekiranya ibu bapa tidak melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-kanak? Marilah kita sama-sama membincangkan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Dalam institusi keluarga, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan mereka yang mencorakkan perkembangan peribadi anak-anak bermula di peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa (Rohner, Ronald & Veneziano, 2001). Keterlibatan ibu bapa di dalam setiap aktiviti kanak-kanak membantu perkembangan anak itu sendiri sama ada dari segi perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sahsiah. Namun begitu, masih terdapat ibu bapa yang mengambil mudah akan perkara ini dan tidak menyedari bahawa pembelajaran kanak-kanak adalah penting

PERKEMBANGAN PERTUTURAN ANAK-ANAK

Image
Mendengar bebelan comel yang keluar dari mulut kanak-kanak adalah salah satu hiburan yang menenangkan jiwa ibu dan ayah. “Babbling” atau bebelan bayi merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap anak-anak. Pertuturan dipelajari daripada aspek meniru dan mendengar. Proses yang sukar adalah di mana kanak-kanak perlu mematangkan fikiran untuk memproses maklumat sebelum menghantar isyarat pada otot. Otot yang menerima isyarat seterusnya akan memproses maklumat tersebut dan mengeluarkan bunyi daripada pertuturan kanak-kanak. Setiap usia kanak-kanak daripada 4 hingga 6 tahun, ibu bapa perlu memastikan mereka mampu untuk menguasai dan memproses maklumat untuk menuturkan beberapa perkataan yang bermakna mengikut peringkat usia. Sikap ibu bapa sebegini dapat membantu anak-anak yang mengalami masalah pertuturan dapat dikenalpasti dan dibantu dengan kadar segera.   SILENT OR TALKATIVE? MANA YANG LEBIH BAIK? Persoalan anak-anak pendiam atau anak-anak yang petah bercakap acap ka

Kanak- kanak bercakap pelat “risau atau tidak”

Image
Bukan sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul. Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'. Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi. Saintis Sosial dan Eksekutif Unit Penyelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Adnan berkata, pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh di elak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak. Menurutnya lagi, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' juga mud

Apa itu Autism Spectrum Disorder?

Image
  Autism atau nama klinikal lebih dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) menurut psikologis merupakan salah satu masalah yang terjadi dalam perkembangan sistem saraf neuro yang sangat sukar diatassi sehingga menyebabakan kesukaran kepada penghidap mengalami gangguan dari aspek permikiran. (Durand, 2019). Kajian daripada DSM-5 telah mengelaskan bahawa autism dikelaskan di bawah suatu aspek “umbrella team” iaitu “Pervasive development disorder” yang mana kumpulan tersebut merangkumi autistic disorder, Asperger disorder dan childhood disintegrative disorder. Kebanyakkan pesakit akan didiagnos mempunyai kelainan dari sudut komunikasi sosial dan interaksi tingkah laku yang bertentangan dan   berulang. Diagnosis Autism Spectrum Disorder menurut DSM-5 A.     Kekurangan melalui sistem sistem komunikasi interaksi sosial. 1)       “DEFICIT RECIPROCITY” Ia merupakan kekurangan yang dapat diukur melalui sosial emosional yang merupakan pendekatan sosial yang tidak normal berbanding