Cef Cilik : Resipi Nugget Homemade

Kembara Cuti Sekolah kali ini membawakan 4 menu untuk 4 minggu.

Minggu pertama : Tauhu Begedil
Minggu kedua : Kek Cawan Coklat
Minggu ketiga : Aiskrim Malaysia Oreo & Cokicoki
Minggu keempat : Nugget Homemade

Slot kali ini dikendalikan oleh Master Chef Cikgu Maziah. Mari kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan :
      
Isi dada ayam dipotong kecil
2 biji telur
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Serbuk lada hitam & putih (secukup rasa)
3 sudu makan tepung ubi kayu
Garam dan perasa (1 kiub ayam jika suka) 
Lobak merah dipotong halus
Daun sup 
Sedikit mentega (untuk disapu pada loyang sebelum dikukus)

Salutan :
Tepung gandum 1 sudu makan
Tepung beras 1 sudu makan
Telur
Serbuk roti

Cara-caranya :

1. Kisar bahan-bahan sehingga halus. Kami gunakan pengisar biasa sahaja.




2. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuangkan bahan telah dikisar tadi.
3. Kukus selama 30 minit.
4. Keluarkan 'kek nugget' dan potong mengikut saiz yang diingini.



5. Campurkan semua bahan salutan (tepung gandum, tepung beras dan telur) kemudian celupkan ke serbuk roti (breadcrumbs). 





5. Goreng sehingga kuning keemasan. Boleh juga menggunakan 'air fryer' untuk mengurangkan penggunaan minyak.



Yummy!



Selamat mencuba! Berganda-ganda kelazatannya apabila dibuat bersama anak-anak. Makanan magis penuh kasih sayang!

Sekali rasa yang 'homemade', pasti teringat-ingat :)

***
Masih ada 4 kekosongan untuk anak lahir 2017 sesi 2021. Wassap Cikgu Ana untuk info penuh program tadika http://www.wassap.my/60177784681/lahir2017


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI