SERONOKNYA KELAS KREATIVITI! JOM KITA LIHAT AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH TUAN MUDA DAN CIK PUAN MUDA TADIKA KEMBARA BIJAK

1. Aktiviti kreativiti ini ialah membina model bilik darjah secara 3D menggunakan kertas A4 yang berwarna. Dalam aktiviti ini, tuan muda dan cik puan diminta melipat, menggunting, menampal dan mewarna model tersebut. Tuan muda dan cik puan muda juga mewarna dan menggunting peralatan yang berada di dalam bilik darjah serta menampalkannya pada kertas tersebut.
2. Gol! Dalam aktiviti ini, tuan muda dan cik puan muda diminta untuk membina padang bola menggunakan kertas. Mereka dikehendaki untuk membuat tiang gol, menggunting kertas bagi membentuk pemain bola sepak serta menggulung kertas untuk dijadikan sebagai bola sepak. Kemahiran motor halus dapat ditingkatkan dalam aktiviti ini kerana mereka harus menggunakan pergerakan tangan untuk menggunting, menampal dan menggulung kertas.
3. Moo! Wah, sungguh kreatif cik puan muda menghiaskan belon seperti corak seekor lembu. Cik puan muda dan tuan muda diminta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghias belon bagi menghasilkan corak seekor lembu. Tuan muda dan cik puan diminta meniup belon, menggunting dan menampal corak-corak tersebut bagi menyiapkan corak masing-masing. Tahniah diucapkan!
4. Comelnya selipar yang dihasilkan oleh cik puan muda! Aktiviti seterusnya ialah menghasilkan selipar daripada kertas. Dalam aktiviti kreativiti ini, tuan muda dan cik puan muda diminta untuk melukis bentuk selipar, menggunting selipar serta meletakkan corak pada selipar masing-masing. Pelbagai corak dapat dihasilkan oleh tuan muda dan cik puan muda menggunakan idea masing-masing.
5. Pelangi, pelangi. Alangkah indahmu. Merah, kuning, hijau, di langit yang biru. Wah, sungguh kemas dan kreatif sekali pelangi kertas yang dihasilkan oleh tuan muda. Aktiviti kreativiti ini memerlukan tuan muda dan cik puan muda untuk mewarnakan 7 warna pelangi, menggunting kertas warna-warna pelangi dan menampalkan pelangi kertas pada kertas putih serta menghiaskannya dengan corak matahari di sisi pelangi.
6. Aktiviti kreativiti ini dinamakan aktiviti menampalkan sisik-sisik kertas pada badan ikan. Tuan muda dan cik puan muda diminita untuk melukis bentuk bulat pada beberapa helai kertas warna, menggunting bentuk tersebut dan menampal sisik kertas pada badan ikan. Sungguh kemas hasil kerja cik puan muda. Tahniah cik puan muda! Semoga contoh aktiviti-aktiviti kreativiti di atas dapat dilakukan oleh tuan muda dan cik puan muda di rumah ya. Selamat berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

KANAK-KANAK SANGAT SUKA DIPUJI. 5 SITUASI PUJIAN INI DAPAT MENDORONG ANAK AGAR SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN SETIAP HARI