Posts

Siri 1 Cilik Bijak Tani : Bayam Brazil

Image
Bertani. Bukan semua orang mempunyai minat bertani. Cikgu Ana sendiri, memang dari kecil tiada pendedahan menanam, jadi sampai besar pun minat itu tidak muncul tiba. Masa kecil hanya ada memori emak menanam cili dalam pasu dan pokok bunga kertas. Sehinggalah suatu hari rakan pengusaha Tadika Teguh Bestari Manjung berkongsi tanaman Bayam Brazil yang dibuat oleh anak-anak di tadika semasa cuti sekolah. Katanya mudah sahaja. Cucuk dan siram, insya-Allah boleh hidup. Bayam Brazil di Tadika Tegus Bestari Manjung. Gebu kan? Siapa tak geram :D Bermulalah Cikgu Ana cuba mencari keratan batang Bayam Brazil dan cuba dahulu tanam di rumah. Apabila terbukti mudah ditanam oleh seseorang yang memang tak ada pengalaman menanam, keberanian untuk mencuba projek tanaman di Tadika Kembara Bijak pun bermula! Alhamdulillah. Allah jua yang Maha Menghidupkan. 11 Januari 2020 - Cikgu Ana cuba tanam dulu dekat rumah. 11 Januari 2020, kiri. 30 Januari 2020, kanan. Apabila dah berjaya...

Sukan Memanah Seawal Usia 4 Tahun

Image
Antara minat dan kecekapan teknikal, yang mana satu harus dipupuk dahulu? Kecekapan mengendalikan busur dan anak panah, seterusnya melepaskan pada sasaran sememangnya memerlukan masa. Jarak di antara pemanah dan sasaran juga memainkan peranan penting. Untuk anak kecil, pada kebiasaannya fokus utamanya adalah untuk memupuk minat, melatih disiplin dan fokus. Mengendalikan peralatan memanah sememangnya memerlukan disipilin. Perlu ada tatacara mengendalikan agar keselamatan anak-anak terjaga. Untuk sesi pertama, Coach Wafiy yang dijemput khas daripada Ottoman Archery memperkenalkan sistem wisel. Wisel pertama : Bangun Wisel kedua : Berjalan, ambil busur (bow), pasang anak panah (arrow) Wisel ketiga : Tarik dan tembak Wisel keempat : Letakkan busur dan berjalan mengambil anak panah yang telah dilepaskan Coach yang mesra kanak-kanak amat penting dalam memupuk minat memanah Anak-anak begitu teruja. Dapat melepaskan anak panah ternyata dapat merehatkan minda. Apatah la...

5 Aktiviti Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak Kecil

Image
APA ITU KEMAHIRAN MOTOR HALUS? Kemahiran motor halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “ Fine Motor Skills ” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan  otot kecil; biasanya  melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan. Kenapa perlu aktiviti ini? Anak kecil yang baru belajar menulis biasanya akan mengalami kesukaran memegang pensel. Tulisan akan jadi besar dan adakalanya kelihatan tangan anak ini 'keras'. Anak juga mengadu penat jika disuruh menulis. Ini bukannya dibuat buat. Otot jari jemari mereka masih belum biasa melakukan aktiviti sedemikian. Bagaimana melatih dan melembutkan jari-jemari mereka? Bukan dengan 'drill' mereka menulis ala ketenteraan sepanjang masa. Tolong jangan buat begini. Kasihan anak kita. Ada cara lebih mudah, malah menyeronokkan iaitu dengan melakukan aktiviti motor halus. Mari kita lihat aktiviti motor halus yang dibuat di Tadika Kembara Bijak. Aktiviti ini boleh dibuat di rumah dan percayalah anak ...

Anak Saya Disleksia Ke Cikgu?

Image
Anak tulis terbalik? b dikatakan d, p dan q begitu juga. Apabila menulis nombor 5, 7 pun sama! Relaks, jangan panik dahulu. Anak dibawah umur 7 tahun kebanyakannya memang akan menulis huruf dan nombor terbalik kerana masih belum mahir sepenuhnya. Anak yang sudah lancar membaca sekalipun, adakalanya akan tertukar bentuk ketika menulis.  Cuba lihat antara ciri-ciri di atas.  Jika anak tu membaca pun sudah boleh, bercakap pun macam bertih jagung, tertukar sekali-sekala ketika menulis atau membuat aktiviti berkaitan penulisan adalah normal. Pernah lihat anak seorang kawan yang memang didiagnos disleksia, semua huruf yang ditulis seakan-akan imej cermin. Boleh dikatakan semua. Bukan hanya sekadar b dan d, p dan q. Jadi bagaimana nak membantu anak yang keliru? Minta anak buat tangan begini, di atas meja. Jika saya, mulakan dengan menyanyi sahaja. Dari kiri (sebab kita menulis rumi dari kiri ke kanan), saya akan nyanyikan a, lepas tu gerakkan tanga...

Ganjaran Material, Sampai Bila?

Image
Selain daripada anak yang menangis hari tu, ada juga situasi anak menangis bila ibu hantar. Dalam 5-10 minit memang akan berhenti. Tapi hati ibu mana yang tak sedih apabila hampir setiap pagi, 'drama air mata'. Terlebih dahulu, tahniah kerana ibu sangat 'attach' dengan anak. Anak yang apabila ibu ada mula buat drama ni sebenarnya sangat tahu yang ibunya sayang. Untung2 kalau buat drama ibu tak pi kerja dan bawa pi jalan2 😂😂😂 Ibu kena kuat. Kena tahu yang di tadika anaknya baik-baik sahaja. Cuma waktu pagi tu mungkin saja nak 'bermanja' dengan drama. Takkan nak drama sepanjang tahun cikgu? Untuk rekod, kami ada yang drama air mata sehingga hujung tahun. Yang peliknya anak ini, waktu pagi je menangis, waktu habis sesi kelas dan mula rehat, dia punya petah bercakap.... memang bak bertih jagung. Semalam cuba taktik reward material pada seorang anak 4 tahun. Ibunya wassap risaukan anak. Apabila diambil video, tak ikut pun menari. Buat statik je k...

Perlukah Anak Kecil Bersenam?

Image
Gembiranya saya nak bersenam di luar! Pentingkah bersenam sejak kecil? Menurut kajian, amalan bersenam sejak kecil menjadikan anak kecil mengekalkan gaya hidup sihat apabila mereka dewasa kelak. Gaya hidup sihat dan aktif ini membantu mencerdaskan otak dan juga emosi kanak-kanak! Hari ini anak-anak berpeluang melakukan aktiviti fizikal di laman tadika. Di awalnya mereka berkumpul dan melakukan pergerakan mengikut muzik gummy bear dan tulang.  Kemudian, mereka dipecahkan mengikut kelas dan membuat aktiviti seperti yang dirancang guru. Anak 4 Aktif bermain pukul berapa datuk harimau, melompat di trampolin dan bermain bola.  Anak 5 Bijak melakukan pergerakan jalan lurus. Jangan terkejut, ada anak yang mempunyai kesukaran berjalan lurus. Anak 6 Santun pula membawa bola berdua secara membelakangi kawan. Makin lama makin senget berjalan, bola pun jatuh ke tanah. Bukan mudah! Aktiviti fizikal ini dijalankan selama 30 minit, 2 kali s...

Say It Right

Image
Di tangan saya ada sebuah buku yang sudah lama tidak dibaca. Say It Right. Sekali pandang ianya seperti sebuah buku mengajar menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul :D Tidak, ianya sebuah panduan bagaimana berkomunikasi dengan anak kecil terutamanya.  Buku ini ditulis oleh Puan Rosmaria Sahat. Pernah menghadiri satu slot bengkel bersama beliau sebelum ini. Ternyata aduhai, memang banyak struktur ayat perlu diubah. Menjadi tarzan atau singa memang sinonim dengan ibu ibu. Mak kau singa katanya. Sekali jerit, semua selesai. Mudah. Tapi dalam hati ibu-ibu, betapa penatnya menjadi tarzan. Ianya seakan-akan satu bebanan yang walaupun telah diluahkan melalui suara tarzan, tapi ada satu suara yang berbisik, "takkan kau nak jadi singa sampai tua..." Penat. Ya memang penat. Jadi ibu memang penat. Penat fizikal dan emosi. Jika tak kena gaya, memang boleh depresi. Sikit sahaja silap anak, melenting macam bom jangka. Marah itu adalah pada pukulan pertama. Apabila pukul...