Say It Right
Di tangan saya ada sebuah buku yang sudah lama tidak dibaca. Say It Right. Sekali pandang ianya seperti sebuah buku mengajar menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul :D
Tidak, ianya sebuah panduan bagaimana berkomunikasi dengan anak kecil terutamanya.
Buku ini ditulis oleh Puan Rosmaria Sahat. Pernah menghadiri satu slot bengkel bersama beliau sebelum ini. Ternyata aduhai, memang banyak struktur ayat perlu diubah.
Menjadi tarzan atau singa memang sinonim dengan ibu ibu. Mak kau singa katanya. Sekali jerit, semua selesai. Mudah.
Tapi dalam hati ibu-ibu, betapa penatnya menjadi tarzan. Ianya seakan-akan satu bebanan yang walaupun telah diluahkan melalui suara tarzan, tapi ada satu suara yang berbisik, "takkan kau nak jadi singa sampai tua..."
Penat. Ya memang penat. Jadi ibu memang penat. Penat fizikal dan emosi. Jika tak kena gaya, memang boleh depresi. Sikit sahaja silap anak, melenting macam bom jangka.
Marah itu adalah pada pukulan pertama. Apabila pukulan pertama itu dapat dikawal, maka pukulan seterusnya akan semakin perlahan. Sebab itulah dikatakan, ketika marah, apabila sedang berdiri, duduklah. Yeah, it is easier said than done :(
Sabar itu perlu dipelajari. Ada langkah demi langkah. Bukan hanya dengan menyebutnya 40 kali sehari, automatik akan sabar.
Salah satunya adalah dengan mempelajari situasi dan skripnya. Dalam buku Say It Right ini, ada ilustrasi mudah yang menerangkan bagaimana ibu ayah perlu respon. Contohnya ketika situasi di rumah, kita sering tidak memberi perhatian penuh ketika mendengar.
Anak : Ayah, Iqbal pukul saya, ayah dengar tak?
Ayah : (Sedang menonton tv), Yer, yer ayah dengar.
Anak : Ayah dengar tak ni?
Ayah : Ya, ya boleh dengar sambil tengok TV ni.
Anak : Ish ayah ni.
Ayah : Eh nak pergi mana tu?
Anak : Dah la
Anak-anak sukar meneruskan apa yang ingin dikongsikan apabila ibu bapa hanya memberi respon dengan bercakap seolah mendengar tetapi tidak memandang mereka. Pada mereka, memandang adalah tanda PERCAYA.
Sejujurnya saya juga tidak lepas daripada kesilapan ini. Biasanya dengan telefon. Tengah kita syok nak belek FB, anak datang cerita itu ini. Tengah sibuk depan laptop buat kerja ni, masa itulah dia nak tanya macam-macam. Haih!
Jika diingat-ingat, kita biasa nak anak terus respon dengan apa kita suruh. Matikan air dekat tandas, kemas barang bersepah. Kita naik angin apabila anak tidak buat serta-merta. Kita merasakan kita ada autoriti untuk anak ikut cakap kita sepenuhnya tanpa sedar kita sering mengabaikan mereka waktu mereka inginkan perhatian kita.
Jadi, bagaimana mahu ubah?
Anak : Iqbal pukul saya, ayah dengar tak?
Ayah yang sedang menonton televisyen, memalingkan muka kepada anak.
Anak : Lepas tu saya pukul dia balik. Lepas tu dia pukul saya lagi kuat. Bila saya main dengan adam baru dia tahu. Lepas tu dia dah tak pukul kawan lagi.
Formulanya mudah, semudah ABC. Anak mata, Bahasa dan Cinta. Begitulah menurut buku Say It Right ini.
Ada lagi banyak situasi yang digambarkan di dalam buku ini akan kena tepat ke batang hidung. Nanti saya cuba kongsikan lagi di post akan datang, insya-Allah.
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
- Cikgu Ana
***

Mencari pusat pendidikan buat anak 4 tahun yang mesra anak kecil? Hadir ke kelas percubaan Januari. Wassap Cikgu Ana. |
Comments
Post a Comment