Sukan Memanah Seawal Usia 4 Tahun


Antara minat dan kecekapan teknikal, yang mana satu harus dipupuk dahulu?

Kecekapan mengendalikan busur dan anak panah, seterusnya melepaskan pada sasaran sememangnya memerlukan masa. Jarak di antara pemanah dan sasaran juga memainkan peranan penting.

Untuk anak kecil, pada kebiasaannya fokus utamanya adalah untuk memupuk minat, melatih disiplin dan fokus. Mengendalikan peralatan memanah sememangnya memerlukan disipilin. Perlu ada tatacara mengendalikan agar keselamatan anak-anak terjaga.

Untuk sesi pertama, Coach Wafiy yang dijemput khas daripada Ottoman Archery memperkenalkan sistem wisel.

Wisel pertama : Bangun
Wisel kedua : Berjalan, ambil busur (bow), pasang anak panah (arrow)
Wisel ketiga : Tarik dan tembak
Wisel keempat : Letakkan busur dan berjalan mengambil anak panah yang telah dilepaskan

Coach yang mesra kanak-kanak amat penting dalam memupuk minat memanah

Anak-anak begitu teruja. Dapat melepaskan anak panah ternyata dapat merehatkan minda. Apatah lagi apabila mendengar bunyi 'tap!' ketika anak panah menyentuh papan sasaran. Satu kepuasan!


Memanah melatih meningkatkan kesabaran

Apakah kebaikan sukan memanah?

1. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Hanya dengan sedikit gangguan sama ada persekitaran atau emosi, panahan boleh tersasar. Ini secara tidak langsung melatih pemanah supaya lebih tenang.

2. Memanah membina kekuatan bahagian atas badan. Bahagian atas badan kurang dilatih jika anak jarang melakukan aktiviti fizikal seperti bermain di 'monkey bar', berenang. Kekuatan otot tangan dan lengan sangat membantu untuk anak menulis dengan baik tanpa cepat penat.

3. Memanah membantu meningkatkan flesibiliti tangan dan jari. Memegang busur, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah dapat mengukuhkan dan meningkatkan fleksibiliti tangan, pergelangan tangan dan jari.

4. Memanah melatih kekuatan mental dan fokus. Pemanah perlu tahu bagaimana untuk membebaskan minda mereka daripada gangguan luaran dan dalaman dan seterusnya memberikan tumpuan kepada sasaran. Ini melatih pemanah dalam mengawal minda dan meningkatkan tahap kesabaran.

5. Memanah memberikan keseronokan dan meningkatkan keyakinan diri. Pemanah perlu fokus dan memperbaiki mutu panahan setiap kali anak panah dilepaskan. Pemanah hanya perlu bersaing dengan diri sendiri dan bukannya orang luar. Keyakinan diri anak kecil ditambah sedikit demi sedikit setiap kali mereka berjaya mengenai sasaran!

Ini antaran 5 kelebihan sukan memanah yang tidak dinafikan. Banyak lagi kebaikan secara langsung atau tidak langsung.

Apa yang penting, apabila minat dapat dipupuk, latihan demi latihan mampu meningkatkan kecekapan anak kecil.

Bermula awal, bermula betul.

Kami buka 5 sahaja tempat lagi untuk menjadi ahli Kelab Memanah Kembara Bijak. Hubungi Cikgu Ana untuk info lengkap. Klik untuk wassap.

Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah