Perlukah Anak Kecil Bersenam?
Gembiranya saya nak bersenam di luar!
Pentingkah bersenam sejak kecil?
Menurut kajian, amalan bersenam sejak kecil menjadikan anak kecil mengekalkan gaya hidup sihat apabila mereka dewasa kelak.
Gaya hidup sihat dan aktif ini membantu mencerdaskan otak dan juga emosi kanak-kanak!
Hari ini anak-anak berpeluang melakukan aktiviti fizikal di laman tadika. Di awalnya mereka berkumpul dan melakukan pergerakan mengikut muzik gummy bear dan tulang.
Kemudian, mereka dipecahkan mengikut kelas dan membuat aktiviti seperti yang dirancang guru.
Anak 4 Aktif bermain pukul berapa datuk harimau, melompat di trampolin dan bermain bola.
Anak 5 Bijak melakukan pergerakan jalan lurus. Jangan terkejut, ada anak yang mempunyai kesukaran berjalan lurus.
Anak 6 Santun pula membawa bola berdua secara membelakangi kawan. Makin lama makin senget berjalan, bola pun jatuh ke tanah. Bukan mudah!
Aktiviti fizikal ini dijalankan selama 30 minit, 2 kali seminggu. Selain aktiviti fizikal, ada juga slot main bebas yang dibuat 3 kali seminggu.
Jangan risau, bukan waktu ini sahaja anak-anak ini bermain. Malah ketika belajar membaca pun, kami lakukan secara bermain 😁😁😁
Anak-anak ingatkan mereka sedang bermain, rupa-rupanya mereka sedang belajar membaca 😆😆😆... begitulah guru-guru 'trick' anak-anak ini supaya belajar.
Jadi jangan terkejut apabila pulang ditanyakan apa yang mereka belajar, mereka jawab,
"Tak belajaq apa aih, kami main jaaaa"
Cikgu Ana
6.1.2020
Comments
Post a Comment