5 Aktiviti Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak Kecil

APA ITU KEMAHIRAN MOTOR HALUS?

Kemahiran motor halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil; biasanya melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan.

Kenapa perlu aktiviti ini?

Anak kecil yang baru belajar menulis biasanya akan mengalami kesukaran memegang pensel. Tulisan akan jadi besar dan adakalanya kelihatan tangan anak ini 'keras'.

Anak juga mengadu penat jika disuruh menulis.

Ini bukannya dibuat buat. Otot jari jemari mereka masih belum biasa melakukan aktiviti sedemikian.

Bagaimana melatih dan melembutkan jari-jemari mereka?

Bukan dengan 'drill' mereka menulis ala ketenteraan sepanjang masa. Tolong jangan buat begini. Kasihan anak kita.

Ada cara lebih mudah, malah menyeronokkan iaitu dengan melakukan aktiviti motor halus.
Mari kita lihat aktiviti motor halus yang dibuat di Tadika Kembara Bijak. Aktiviti ini boleh dibuat di rumah dan percayalah anak tidak akan jemu walaupun pernah membuat aktiviti yang sama sebelum ini.

Jika di tadika, biasanya melibatkan beberapa aktiviti lain, maka masa 20-30 minit sesuai. Jika di rumah, memandangkan bilangan anak tidak seramai di tadika, masa 5-10 minit sudah memadai.

1. Menyusun butang mengikut garisan


2. Memindahkan pom pom menggunakan penyepit. 


3. Bermain penyepit baju. Jika di rumah, boleh ajak anak jemur baju terus. Abaikan ketidaksempurnaan, yang penting tangan mereka boleh menyepit baju. 


4. Menulis nama menggunakan warna air dan jari. Mewarna lukisan menggunakan jari.

5. Merenyuk dan mengoyakkan kertas.



Mudah kan? Anak-anak pun seronok.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti mudah. Masukkan duit syiling ke dalam tabung, menguntai manik untuk dibuat gelang.

Sambil tu, selitkan dengan aktiviti menulis menggunakan pensel. Mulakan dengan aktiviti pra menulis, iaitu dengan membuat pelbagai jenis garisan, sebelum dimulakan dengan menulis huruf.

Insya-Allah nanti Cikgu Ana kongsikan teknik 'magicline' yang boleh membantu anak menulis dengan kemas dan tidak tertukar-tukar huruf (b dan d, p dan q dsb.)

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Cikgu Ana
Tadika Kembara Bijak

***
Masih ada 5 kekosongan untuk 4 tahun dan 4 kekosongan untuk 6 tahun sesi 2020. Hubungi Cikgu Ana untuk kelas percubaan. 017 778 4681.


Comments

Popular posts from this blog

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PDPR

3 Faedah Bercucuk Tanam Untuk Anak Seawal 3+ Tahun

6 Peringkat Ketika Bermain Blok / Bongkah