Posts

Showing posts from June, 2023

TULISAN TANGAN SEORANG KANAK-KANAK

Image
  Pada masa kini, seorang kanak-kanak perlu menguasai banyak jenis pembelajaran dari aspek akademik atau kemahiran bagi membolehkan murid menguasai 3M di peringkat sekolah rendah iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Namun begitu jika salah satu kemahiran sukar dikuasai pasti kanak-kanak tersebut akan mengalami kesukaran di sekolah. Justeri ibu bapa terutamanya perlu lebih peka dengan perkembangan anak sekiranya. Tanda-tanda anak-anak sukar untuk menulis dan meniru ialah:         i.     Kurang penguasaan dalam kemahiran motor. Kemahiran motor ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu motr halus dan motor kasar. Dalam konteks penulisan kemahiran motor halus perlu diutamakan kerana kemahiran motor halus melibatkan kekuatan otot tangan dan secara langsung membantu lebolehan anak untuk menulis. Pelbagai aktiviti harian yang mudah seperti ‘bermain’ makanan, membina blok bangunan, menconteng, atau merangkak dapat membantu mereka mengkoordinasikan mata dan tangan. Anak yang lebih besar pula

ATASI KETAGIHAN GADGET DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH

Image
  Televisyen, gajet, dan permainan video telah mengganti kan aktiviti-aktiviti permainan di luar dan interaksi antara kanak-kanak hari ini.  Sebagai ibu bapa, perlukah anda rasa bimbang? Jawapannya adalah ya! Walaupun program di televisyen, permainan video, dan gajet, semuanya penuh dengan aksi, yang mencabar minda, penggunaannya akan menyebabkan ketagihan dan mungkin meninggalkan kesan yang tidak baik pada perkembangan otak anak-anak.   Cara-cara mengatasi masalah ketagihan gadget dalam kalangan anak-anak: ·            ·          BANYAKKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah.   Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka.  Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh.    ·           ·          SCREEN TIME Anak adalah peniru tegar ibu bapanya. Oleh itu, apabila ibu bapa selalu menggunakan gadget apabila

PERANGAI KASAR ANAK, UBAH ATAU BIARKAN?

Image
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi dengan herdikan atau jeritan, ia akan membawa kesan terhadap emosi dan tumbesaran mereka. Sebagai contoh, anak-anak boleh melakukan tindakan tak terduga, seperti berperilaku kasar kepada temannya.  Tindakan kasar yang mungkin dilakukan, seperti mendorong, menarik, atau bahkan melukai temannya. Kalau sudah begini, perilaku anak boleh merisaukan.   Sebab anak-anak berperilaku kasar ialah:   1)       Komunikasi minima antara anak dan ibubapa Interaksi yang kurang baik antara anak dan orangtua memperburuk hubungan dan komunikasi di antara keduanya. Saat anak menginginkan sesuatu dan tidak bisa dikomunikasikan, anak pun cenderung berperilaku kasar.     2)       Orangtua terlalu memanjakan Aaak  Orang tua yang sering memberikan hak istimewa kepada anak dengan mengabulkan berbagai permintaannya bisa membuat anak berperilaku sesuka hati. Cara mendidik anak yang keliru ini bisa menumbuhkan peri

Kepentingan Didikan Seni dan Kreatif kepada Anak-anak

Image
·          Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif   Secara semulajadi, sikap kreatif sudah wujud dalam diri setiap kanak-kanak lagi. Namun, dengan dorongan dan didikan ibu bapa, sikap ini akan lebih bercambah lalu menjadikan kanak-kanak lebih yakin dan selesa untuk mengekspresikan kesenian dan kreativiti mereka kepada umum.   ·          Mengasah kemahiran motor halus    Kemahiran motor halus kanak-kanak dapat dipupuk dengan menggunakan latihan seni seperti melukis mahupun menulis. Ini adalah praktis yang terbaik untuk menguatkan motor halus mereka. Dalam pada itu, dengan praktis ini juga ibu bapa dapat mengetahui tangan dominan mereka sekaligus lebih memudahkan proses dan praktis pengawalan motor halus atau tangan mereka. Ini akan membuatkan anak akan lebih cepat dan pandai menulis kelak.   ·          Menghubungkan neuron-neuron kanak - kanak   Seni merupakan aktiviti yang dapat menghubungkan setiap deria yang terdapat pada manusia iaitu deria lihat, dengar, s