TULISAN TANGAN SEORANG KANAK-KANAK
Pada masa kini, seorang kanak-kanak perlu menguasai banyak jenis
pembelajaran dari aspek akademik atau kemahiran bagi membolehkan murid
menguasai 3M di peringkat sekolah rendah iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Namun begitu jika salah satu kemahiran sukar dikuasai pasti kanak-kanak
tersebut akan mengalami kesukaran di sekolah. Justeri ibu bapa terutamanya
perlu lebih peka dengan perkembangan anak sekiranya.
Tanda-tanda anak-anak sukar untuk menulis dan meniru ialah:
- i. Kurang penguasaan dalam kemahiran motor.
Kemahiran motor ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu motr halus
dan motor kasar. Dalam konteks penulisan kemahiran motor halus perlu diutamakan
kerana kemahiran motor halus melibatkan kekuatan otot tangan dan secara
langsung membantu lebolehan anak untuk menulis. Pelbagai aktiviti harian yang mudah seperti ‘bermain’
makanan, membina blok bangunan, menconteng, atau merangkak dapat membantu
mereka mengkoordinasikan mata dan tangan. Anak yang lebih besar pula boleh
dibiasakan dengan aktiviti menggunting, membutang baju, menggunakan puncher, dan sebagainya.
- ii. Penggunaan gadget yang maksimum
Seringkali kita lihat, kemahiran seorang kanak-kank seawal usia 4
tahun sudah mengetahui selok-belok penggunaan gadget sedangkan mereka langsung
tidak memahami perkataan yang tertera di gadget tersebut. Situasi ini jelas memperlihatkan
mereka sudah menghafal cara penggunaan gadget tersebut tetapi kesalahannya
adalah apabila terlalu banyak masa dengan gadget hanya jari dan mata berfungsi
ketika itu tetapi kekuatan motor tangan, kemahiran kesedaran ruang dan fokus di
sekeliling menjadi kosong.
iii. Fokus
Menulis memerlukan seorang kanak-kanak fokus dan memberi perhatian
kepada objek seperti pensel dan kertas di hadapan nya. Jika seorang anak mudah terganggu dan tidak fokus bagaimana
mereka boleh menghabiskan tugasan menulis. Justeru, fokus tersebut perlu diberi
perhatian kerana banyak anak yang sukar fokus mengalami masalah autism, adhd
atau slow learning. Masalah tersebut boleh diatasi dengan adanya terapi
dan bantuan dari ibu bapa secara berterusan.
Comments
Post a Comment