Kepentingan Didikan Seni dan Kreatif kepada Anak-anak
·
Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif
Secara semulajadi, sikap kreatif sudah wujud
dalam diri setiap kanak-kanak lagi. Namun, dengan dorongan dan didikan ibu
bapa, sikap ini akan lebih bercambah lalu menjadikan kanak-kanak lebih yakin
dan selesa untuk mengekspresikan kesenian dan kreativiti mereka kepada umum.
· Mengasah kemahiran motor halus
Kemahiran motor halus kanak-kanak dapat dipupuk
dengan menggunakan latihan seni seperti melukis mahupun menulis. Ini adalah
praktis yang terbaik untuk menguatkan motor halus mereka. Dalam pada itu,
dengan praktis ini juga ibu bapa dapat mengetahui tangan dominan mereka
sekaligus lebih memudahkan proses dan praktis pengawalan motor halus atau
tangan mereka. Ini akan membuatkan anak akan lebih cepat dan pandai menulis
kelak.
·
Menghubungkan neuron-neuron kanak - kanak
Seni merupakan aktiviti
yang dapat menghubungkan setiap deria yang terdapat pada manusia iaitu deria
lihat, dengar, sentuh, bau dan rasa. Oleh itu aktiviti seni seperti melukis
yang melibatkan deria lihat dan sentuh atau lain-lain jelas sekali dapat
membantu dalam pembentukan neuron anak sekaligus menghubungkannya.
·
Meluahkan perasaan mereka melalui seni
Kanak-kanak boleh diajar
untuk meluahkan perasaan mereka melalui seni agar mereka mempunyai satu medium
alternatif selain ibu bapa untuk meluahkan perasaan gembira, sedih atau marah
mereka. Ibu bapa dapat mengesan perasaan anak dengan melihat kepada penggunaan
warna, corak atau bentuk lukisan mereka lalu memudahkan ibu bapa membaca
perasaan anak mereka dan mengambil tindakan yang sepatutnya.
·
Membina ikatan seisi keluarga
Aktiviti kesenian dan
kreatif seperti melukis sebagai satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama
dengan ahli keluarga. Dengan aktiviti seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat
meluangkan masa bersama anak-anak, tetapi hasil lukisan tersebut juga boleh
dijadikan kenangan untuk masa hadapan.
Comments
Post a Comment