ATASI KETAGIHAN GADGET DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH
Televisyen, gajet, dan permainan video telah
mengganti kan aktiviti-aktiviti permainan di luar dan interaksi antara
kanak-kanak hari ini.
Sebagai ibu
bapa, perlukah anda rasa bimbang? Jawapannya adalah ya!
Walaupun
program di televisyen, permainan video, dan gajet, semuanya penuh dengan aksi,
yang mencabar minda, penggunaannya akan menyebabkan ketagihan dan mungkin
meninggalkan kesan yang tidak baik pada perkembangan otak anak-anak.
Cara-cara mengatasi masalah ketagihan gadget dalam kalangan anak-anak:
· · BANYAKKAN AKTIVITI DI LUAR RUMAH
Banyakkan aktiviti di luar rumah. Jangan biarkan anaka-anak terperap dalam rumah. Bermain di luar akan membantu perkembangan sel-sel otak mereka. Ketika membesar, mereka memerlukan sentuhan ataupun rangsangan kepada sensori seperti melihat, mendengar, merasa, menyentuh.
· · SCREEN TIME
Anak adalah peniru tegar ibu bapanya. Oleh
itu, apabila ibu bapa selalu menggunakan gadget apabila bersama-sama nak, maka
anak pun akan menirumu. Impaknya, si kecil pun menjadi ketagihdan dan tidak
boleh melepaskan pula dari gadget.
Jika ibubapa ingin mewujudkan screen time anak, justeru ibu bapa perlu
lakukannya terlebih dahulu terutama sekali apabila berada di rumah. Selain itu,
ketika di rumah ibu bapa perlu cuba untuk mewujudkan situasi santai dan fokus
kepada anak-anak.
·
NO SCREEN ON
TABLE
Ibu bapa perlu wujudkan satu undang-undang
setiap kali makan atau bersantai bersama tiada telefon atau tablet yang berada
bersama. Selalu kita lihat situasi sekeliling apabila ingin makan di kedai
makan ibubapa akan beri telefon kepada anak-anak. Justeru hal itu perlu
dielakkan dengan mendedahkan dengan aktiviti bermain lego, puzzle atau membaca
buku. Selain dari menambah ilmu pengetahuan, perkembangan kemahiran motor juga
dapat ditingkatkan.
Comments
Post a Comment