10 Kelebihan Bermain Dengan 'Loose Parts' Bagi Anak Kecil
Kredit foto : Loose Parts Masih ingatkah betapa seronoknya dahulu kita dapat bermain di sekeliling rumah tanpa gajet? Ranting kayu diolah menjadi dapur masakan. Periuk lama emak di dapur habis diangkut. Kayu disusun menjadi khemah, ditutup dengan daun pisang. Berbeza sungguh dengan zaman ini. Masing-masing sibuk memegang objek empat segi di tangan. Kalaupun tidak milik sendiri, telefon lama milik kita pastinya diberikan sebagai pinjaman! Bukan nak sebut anak orang lain, anak sendiri pun begitulah realitinya. Cuma beza antara setiap yang memberikan gajet kepada anak, adakah mereka mengawal dan memberikan had masa, atau anak yang mengawal mereka? Membaca dari buku Ada Apa Dengan Bermain tulisan Dr. Putri buat entah ke berapa kalinya, mata terberhenti kepada 'loose part play'. Lantas jari jemari laju menaip di gugel, maka terhidanglah pelbagai idea tentang 'loose part play'. Seorang arkitek bernama Simon Nicholson telah membangunkan Theory of Loose Parts pada tahun 1970-an