Posts

Showing posts from December, 2014

Hari Terbuka Tadika ABS Seluruh Negara 25.12.2014

Image
Sertai kami di Hari Terbuka Tadika ABS Taman Darulaman, Jitra pada Khamis 25 Disember 2014 jam 9 pagi - 2 petang dengan pelbagai lagi aktiviti khas untuk anak-anak bergembira sambil belajar. Pakaian seragam percuma untuk 20 pelajar terawal mendaftar sebagai pelajar Tadika ABS Kembara Bijak, Taman Darulaman. Telefon @ WhatsApp <abs> <waktu> <nama anak & umur> ke 0177784681.

5 Pengalaman Indah Menjadi Chef Cilik

Image
Alhamdulillah, seramai 47 Chef Cilik menyertai program Kembara Chef Cilik anjuran Tadika ABS Taman Kembara Bijak, Taman Darulaman, Jitra, Kedah pada 19 & 20 Disember 2014. Chef Cilik ini : 1. Mengenal bahan-bahan membuat kek cawan seperti 'butter', gula, tepung, telur. 2. Mengenal peralatan yang diperlukan untuk membuat kek seperti alat pemukul telur (whist), ketuhar, cawan kertas. 3. Belajar berkongsi peralatan membuat kek. 4. Melatih kreativiti semasa menghias kek. 5. Meningkatkan 'self-esteem' kerana telah berjaya menghasilkan kek cawan yang comel dan sedap. Terima kasih kepada guru jemputan atau lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Chef oleh anak-anak ini iaitu Puan Syarifah Ifwah dari  Sugarylane  yang telah sudi berkongsi ilmu membuat kek bersama Chef Cilik. Sertai kami di Hari Terbuka Tadika ABS Taman Darulaman, Jitra pada Khamis 25 Disember 2014 jam 9 pagi - 2 petang dengan pelbagai lagi aktiviti khas untuk anak-anak bergembira sambil belajar.

Bacalah Denqan Menyebut Nama Tuhanmu Yang Menciptakan

Image
Percubaan Kelas Iqra' yang pertama daripada Cikgu Salwa untuk murid kelas percubaan di minggu baru. Tuan Muda Ahmad, Tuan Muda Asiff dan Cikpuan Muda Alliesya. Guru-guru masih dalam proses mengenali karakter dan bakat yang ada di dalam diri murid. Cikgu Salwa mengajar membaca menggunakan buku Iqra'. Mereka diajar dengan membunyikan sebutan seperti 'aaa', 'baa', 'taa' dan seterusnya. Pada mulanya, Cikgu Salwa mengajar mereka untuk mengenal huruf dengan memberitahu mereka bahawa huruf alif tiada titik, huruf ba ada satu titik, manakala huruf ta ada dua titik. Apabila mereka sudah mengenal huruf, mereka diajar dengan menyebut bunyi huruf tersebut. Mereka juga memberikan respon yang baik dengan mengikut sebutan yang diajar.

Smart Solat Di Tadika ABS

Image
Solat sunat dhuha tadi pagi. Guru mengajukan soalan kepada mereka tentang nama benda yang sedang dipegang oleh guru dan mereka menjawab bersama-sama "sejadah".  Mereka juga gembira untuk membantu guru membentang sejadah. Ketiga-tiga murid melakukan aktiviti mengambil wuduk dengan gembira walaupun tidak menggunakan air, hanya melakonkan cara-cara mengambil wuduk. Guru mengajar mereka bahagian anggota badan apa yang perlu dibasuh semasa mengambil wuduk.

4 Langkah Memberhentikan Tingkah Laku Negatif Menggunakan Teknik Nabi Muhammad S.A.W

Image
"Alhamdulillah... terima kasih kepada semua tenaga pengajar kerana begitu sabar melayan kerenah anak saya,najmi pun dah banyak berubah. " - Puan Zuraini, ibu Tuan Muda Najmi Tuan Muda Najmi, esok cikgu tunggu kedatangan ya, ada seorang cik gu baru tidak sabar ingin berjumpa Tuan Muda. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mempermudahkan segala urusan. Pelajar-pelajar Tadika ABS didorong dengan teknik nabi setiap masa. Emosi anak-anak terjaga dan ibu bapa turut gembira. Apabila anak-anak suka ke sekolah, mudahlah mereka menyerap ilmu dan kemahiran yang diajarkan guru.  Salah satu perkongsian daripada Puan Nurhidayah Jaafar (Jurulatih Teknik Nabi Rangkaian Tadika ABS) untuk memberhentikan tingkah laku negatif anak-anak. [1]. Cari ciri-ciri baik yang ada dalam diri anak itu [2]. Beri perhatian kepada ciri baik itu [3]. Beri pujian kepada ciri baik itu [4]. Jangan kritik dan ulas perangai buruknya. Apabila dia sudah mendapat perhatian daripad

Tonton Video Ini Untuk Tahu Lebih Lanjut Tentang Kelab Usahawan Di Tadika ABS

Image
Kelab 'Araf merupakan salah satu nilai yang ditawarkan oleh Tadika ABS.  Fahami bagaimana ia mendokong misi ABS untuk memandaikan bangsa.

Belajar Membaca Melalui Origami Ikan Di Tadika ABS

Image
Daripada pembelajaran yang lepas, menyanyi lagu suku kata 'itik ikut ibu, i...i...i...'. Tuan muda telah belajar satu lagi haiwan yang bermula dari huruf 'i' iaitu ikan.  Ketiga - tiga tuan muda telah belajar membuat origami ikan menggunakan kertas. Mereka berasa teruja dengan hasil kerja mereka setelah dipuji berkali-kali dengan cikgu-cikgu di sini.  Pada mulanya, Tuan Muda Najmi enggan membuat origami ikan, tetapi setelah melihat kedua tuan muda telah mula mewarna origami ikan mereka, Tuan Muda Najmi meminta cikgu untuk mengajar tuan muda membuat origami ikan dan ingin mewarna mengikut kreativiti sendiri. Mereka berasa bangga setelah Cikgu Maziah menggantungkan hasil kerja mereka di dinding. Mereka boleh melihat hasil kerja mereka semasa bermain. Ada juga yang hendak membawa pulang ke rumah untuk di tunjuk kepada ibu bapa mereka. Tuan Muda Najmi : Nanti saya nak tunjuk Cikgu Ana lah tengok ikan saya.

Teknik Belajar Bahasa Arab Sambil Melukis

Image
Tadika ABS dengan kerjasama Tuan Ustaz Nasrul Lagendaseni telah mengadakan Kelas Asas Lukisan dan Bahasa Arab 23 November 2014. Kelas yang diadakan selama lebih kurang 2 jam terasa seperti 20 minit sahaja. Anak-anak khusyuk belajar asas lukisan sambil diterapkan dengan ilmu Bahasa Arab. Anak-anak akan fokus belajar apabila guru kreatif menukar gaya pembelajaran dan menepati fitrah dan kehendak anak-anak. Raikan bakat anak-anak dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti. Bakat yang digilap dengan usaha bersungguh-sunguh dapat menyediakan anak-anak ini menjadi generasi berdaya saing tinggi kelak.

Kelas Kraf & Seni Cuti Sekolah

Image
Cikpuan Najwa Ayuni, Cikpuan Nur Iwana Hurilain dan Tuan Muda Ammar Darwish semasa sesi Kelas Seni & Kraf pada 27 November 2014 di Tadika ABS Kembara Bijak. Aktiviti menggulung kertas, menggunting, mewarna dan berkreativiti menghasilkan pelbagai rekaa n. Bersama kami dalam misi melahirkan generasi berilmu dan berbudaya tinggi. Sesi percubaan percuma 1 minggu masih dibuka mulai 1 Disember 2014. Telefon / whatsapp <daftar> <nama anak & umur> ke 0177784681.

Latih Kreativiti Anak Melalui Permainan Thinkertoys

Image
Kreativiti boleh dilatih dengan mendedahkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan Thinkertoys, LEGO atau menggunakan bahan terbuang seperti kadbod. Lihat bagaimana anak-anak di Tadika ABS Kembara Bijak telah menghasilkan  pelbagai rekaan menggunakan Thinkertoys. Malah ada hasil rekaan tuan muda dan cikpuan muda ini tiada di dalam buku panduan yang disediakan. Kelas percubaan percuma masih dibuka, telefon @ WhatsApp <daftar> <nama anak & umur> ke 0177784681.

Ya Allah Sesungguhnya Waktu Dhuha Itu Dhuha-Mu

Image
Selepas sarapan pagi, ketiga-tiga tuan muda diajukan soalan 'Siapa hendak solat sunat dhuha?' 'Angkat tangan, siapa yang mahu solat sunat dhuha! 'Ada yang mengangkat tangan dan ada juga yang hendak sambung bermain lego.  Apabila cikgu mula memakai telekung dan mengajak mereka solat bersama-sama, mereka mula menunjukkan minat untuk solat bersama. Mereka diberitahu 'Allah sayang siapa yang solat'. Mereka juga mengiakan penyataan itu. Siapa yang solat diberikan pujian yang membina. Selepas menunaikan solat sunat dhuha, mereka didedahkan dengan doa dhuha. Mereka suka membaca doa dhuha terutama Tuan Muda Najmi. Ini kerana doa dhuha dibaca dengan berirama dalam Bahasa Arab beserta maksudnya dalam Bahasa Melayu. Tuan Muda Najmi juga meminta supaya mengulang semula doa dhuha yang dibaca sebentar tadi. Aktiviti ini di jadikan amalan mereka setiap pagi. 

3 Kesan Aplikasi Teknik Nabi Di Tadika ABS

Image
 Sesi bercerita bersama Teacher Wawa semasa kelas percubaan minggu pertama Tuan Muda Ahmad Syahren Hadif sangat suka membaca buku dan menyanyi Cikpuan Muda Aufiya Afifah sedang membaca dengan bimbingan guru Di Tadika ABS, anak-anak didorong dengan Teknik Nabi. Anak-anak tidak dimarah, diugut dan dileteri. Emosi anak-anak yang terjaga akan menjadikan anak-anak suka kepada sekolah dan tidak sabar menunggu hari esok.  Apabila anak-anak sudah mula suka datang ke sekolah, maka mudahlah anak-anak ini hendak menuntut ilmu. Minda terbuka untuk menyerap ilmu dan kemahiran yang diajarkan guru. Kelas percubaan percuma masih dibuka, telefon / WhatsApp <daftar> <nama anak & umur> ke 0177784681.

Saksikan Tawaran Tadika ABS Melalui Video Korporat Ini

Image

Ingin Mengasah Bakat Sebagai Chef Cilik Di Tadika ABS ?

Image
Mahu Jadi Chef Cilik ? 3 Sesi Telah Penuh, Sesi Terakhir Kekosongan 12 Peserta  Tadika ABS Kembara Bijak akan menganjurkan Aktiviti Kembara Chef Cilik pada hari Jumaat 19.12.2014 (3.30 - 5.30 petang). Terhad 14 ahli satu sesi bagi anak-ana k 3-12 tahun. Sesi 1 - 19.12.2014 : PENUH Sesi 2 - 19.12.2014 3.30 - 5.30 petang : 12 kekosongan Sesi 3 - 20.12.2014 9.30 - 11.30 pagi : PENUH Sesi 4 - 20.12.2014 2.30 - 4.30 petang : PENUH 4 Faedah Utama Menyertai Aktiviti Ini : 1. Belajar membancuh adunan kek 2. Memupuk kreativiti dan idea dalam menghasilkan dekorasi kek 3. Melatih tumpuan dan kesabaran 4. Belajar berkongsi peralatan dekorasi Bayaran RM10 seorang satu sesi (RM5 / sesi buat pelajar yang berdaftar di Tadika ABS Kembara Bijak) Whatsapp <chef> <nama & umur> ke 0177784681 untuk mendaftar. Tadika ABS Kembara Bijak 37 Taman Darulaman Jalan Osman Aroff 06000 Jitra Kedah 0177784681